A story of my life

Monday 29 April 2013

Beethoven House & Cherry Blossom Avenue

Assalamualaikum.


Seperti hujung-hujung minggu yang biasa, aku pasti tiada di rumah. Merayau-rayau ke utara, selatan, timur mahupun barat. Jadi, semalam aku telah ke satu bandar di Germany yang bernama Bonn. Are you thinking of James Bond? Nope, dekat sini tiada James Bond, tetapi yang ada ialah Beethoven. Korang kenal siapa beliau? Tidak kan? Sama lah kita. Haha :P

Jadi, full name dia ialah Ludwig van Beethoven, merupakan seorang musician. He was  a German composer and pianist. Jadi, semalam aku telah berkunjung ke rumah beliau, tapi dia tiada di rumah. Eh gurau sahaja. He already passed away on March 26th 1827. Nak tahu in details sila google sebab masa aku dekat Beethovenhaus, semuanya ditulis dalam Deutsch, so tak berapa nak faham and malas nak baca :P

Unfortunately, it was strictly no photography inside the house/museum. So takda sebarang gambar di dalam, hanya di luar.

Entrance gate
Inilah keadaan di luar rumahnya

After that, we went to Alstadt, di mana kitorang berpeluang berjalan merentasi pokok-pokok sakura yang berwarna pink. It was awesome!! Terasa macam di Jepun seketika. Subhanallah, sangat cantik!





Till then. Can't wait to go to Holland. Tschuss.

Thanks for reading.

Friday 26 April 2013

Welcoming Spring

Assalamualaikum

Hey guys, it's officially Spring time! Can say goodbye to Winter. ( Padahal dah nak dekat seminggu dah Spring. Nampak tak ke-busy-an di situ?)

Good news, cuaca pun dah semakin tidak sejuk. And now we can enjoy the sunlight yang memancar bersama angin yang sepoi-sepoi bahasa. Eh angin dia sebenarnya kuat macam ribut, aku ni pun boleh terpelanting ditiupnya, apatah lagi uolls yang kering ni haha. After this don't need to wear a jacket and baju sejuk tebal-tebal anymore and no need to switch on the heater. Yahoooooo! Deutscher pun dah mula berani makan aiskrim. Ini kalilah! ( Tiba-tiba)
 

 

Budak-budak pun dah ramai yang keluar untuk bermain. Kalau tak sebelum ni terperap dalam rumah je


Stylo kan diorang punya playground?

  Lepas tu terserempak dengan budak ni. Nama dia.....errrrr.. couldn't remember. Iman kottt

Comel kan? :-)

That's all. Toodles.

Thanks for reading.

p/s: Disebabkan kedua-dua team Germany dijangka bakal ke final Champions League, aku up sikit jersey baru beli haha

Sunday 21 April 2013

3 Countries Border

Assalamualaikum

Semalam aku pergi ke suatu tempat yang agak menarik di Aachen, yang bernama 3 Countries Border, ataupun dalam bahasa tempatannya dipanggil Dreiländerweg. So apa benda Dreiländerweg ni?

Jadi, secara ringkasnya aku boleh cakap yang tempat ni merupakan pertemuan bagi 3 sempadan negara iaitu Germany, Netherland and Belgium. Dari sini, korang dapat tengok ketiga-tiga negara tersebut. So basically siapa yang pergi sini boleh dianggap dah jejak ke ketiga-tiga buah negara tu. Boleh ke? Haha :P

Our journey penuh dengan pelbagai cabaran. Dengan masalah basnya lagi, dengan tak tahu jalannya, so kitorang main redah je. Masa nak mendaki tu, perghh seram gila jalan dia. Sebab jalan tu lalu ladang dengan hutan. Dah la tak nampak manusia.Tapi dengan bantuan Mr. Google Map, kitorang terus gigih melangkah.



Memang banyak pit stop untuk ambil gambar dekat sini. Haha

Vampire Diaries haha

It's an earthquake

After about an hour of walking, we were relieved to see this.........


Yeah, finally we had arrived at our destination. Yeay!

Ketiga-tiga negara berjaya aku takhluki :D

As what you can see, di sinilah sempadan ketiga-tiga buah negara tu. So basically, I've been to Deutschland, Holland and Belgium and it was super fun!! Jadi lepas ni tak payah nak ke Belgium dah. Hahaha

Naik atas terus cari makanan sebab masing-masing dah lapar dengan penat. Paling tak tahan dengan cuacanya yang sejuk. Aku tertipu dengan cahaya matahari. Ku sangkakan panas di luar sana, keluar rumah je terus menggigil. Lepas makan kitorang naik tower yang tak berapa nak tinggi tu and bergambar. Haha.



Siapa suruh tak pakai baju sejuk, berpeluk tubuh jela sepanjang hari

And you can see the 3 countries from here.

It's just based on my assumption LOLZ

And on our way back, kitorang baru jumpa jalan yang sebenar, yang aku rasa separuh perjalanan pendek dari jalan kitorang datang. Haha kena game dengan En. Google. Tapi takpelah, at least dapat shoot dengan background ala-ala Autumn dekat dalam hutan tu.


At least ada jalan tar
And now I'm pretty sure that this is the right way haha


There are a lot more to story but lets stop here. Nanti aku cerita pasal bandar Aachen dalam entry yang lain pulak eh. Auf Wiedersehen.

Thanks for reading.

p/s : Sorry kalau terbanyak sangat gambar. Aber ich mag fotografieren :-D



Sunday 14 April 2013

Flowmarkt

Assalamualaikum

Wie geht's euch? Lately aku rasa aku kerap sangat berjalan. Well, biasa la budak baru kan, mesti la macam excited nak ke semua tempat. Sekarang aku ni boleh diibaratkan rusa masuk ke kampung. Eh kenapa kampung, bukan bandar? Nak tahu kenapa? Okay bukan itu yang aku nak bincangkan.

Sekarang kita terus mulakan cerita. Semalam aku pergi ke suatu tempat. Lokasi kita pada kali ini adalah Flowmarkt, yang bertempat di Essen, Germany. (dah macam rancangan cuti-cuti Malaysia pulak). So apa itu Flowmarkt? Mula-mula dengar aku pun pelik, dan tak dapat nak bayangkan macam mana rupa Flowmarkt tu. Yang aku tahu, orang kata dekat situ ada jual barang-barang murah, and also second-hand items. So bila dah pergi tu begini lah keadaannya.............


   




So basically it's just like Pasar Minggu kalau dekat Malaysia. Ada jual macam-macam barang, ada yang murah dan ada yang mahal, tapi lebih banyak yang murah la of course. Ada jugak jual sayur-sayuran, buah-buahan, snacks and chocolate. Apa yang menarik minat aku ialah barang seperti cd PS3, yang bermula dengan 10 Euro, kasut Adidas 35 Euro, dan beberapa jenis barang yang lain. So, I think kalau nak balik Malaysia nanti, beli souvenirs dekat sini pun okay jugak haha. Jadi siapa-siapa yang ada nak order apa-apa silakan lah :-P

Tapi nak ke sini agak jauh dari tempat tinggal aku di Duisburg. Tapi dengan adanya public transport yang effisien dan percuma, segalanya menjadi mudah.

waiting for the train


Selepas puas berjalan, kitorang pergi berehat di Imperfekthause (rumah yang tak sempurna?) bersama beberapa orang buddies. Satu jam 4 Euro, minum la apa-apa yang ada sampai puas, tapi of course yang halal jelah.



Persidangan meja segi empat :P


That's all. Maybe lepas ni aku akan jarang update, sebab dah nak start study. Mungkin lah. Haha
Ohh ya, aku baru masak Nasi Lemak sebentar tadi.

Nasi Lemak Ayam

Hope you do enjoy reading this blog. Tschuss

Thanks for reading.




Thursday 11 April 2013

Masak di perantauan?

Assalamualaikum.

Apa khabar orang Malaysia? Dengar cerita Parlimen dah bubar? So, apa tunggu lagi, jalankan lah tanggungjawab anda. Mana yang boleh mengundi tu pergi la mengundi eh. Jangan la nak malas-malas. Tolong concern sikit dengan masa depan negara dan generasi yang akan datang. Ini kalilah!

Okay, jadi khabar aku di sini baik-baik sahaja. Aku nak cerita ni, semalam kitorang telah berjaya masak masakan pertama kitorang, iaitu kari ayam! Mesti ada yang akan cakap "hek'eleh, kari ayam je pun, tu pun nak kecoh ke?" Hey der, sebagai lelaki, kalau boleh masak tu dah kira bagus la. Bukan tu je, cabarannya ialah dekat sini susah nak mendapat bahan-bahan untuk masak.

Pertama, kitorang kena cari ayam yang Halal. Jadi, setelah penat berjalan di Kauftland (macam tesco di Malaysia), kitorang ada jumpa satu paket ayam halal yang bernama Wiesenhof. Ada logo halal dekat paket tu ya. Tapi ayam tu pulak bukannya dah siap potong. Kitorang terpaksa la potong sendiri. Lepas tu cari bahan-bahan yang lain seperti serbuk kari, bawang besar, bawang putih, etc.
Masakan kitorang ni simple je, tak perlu bahan-bahan seperti bunga cengkih dan bunga lawang.

Dan ini adalah hasilnya.


schmeckt gut

After this we're planning to cook every day as it can help us to cut the cost a lot. So just wait for my next recipe entry. Nak harap makan ni tiap-tiap hari can't afford la.


6.90 Euro

Thanks for reading.

Wednesday 10 April 2013

Excitement

Assalamualaikum.

"Hallo! Ich bin Izzat. Ich komme aus Malaysia. Wie heissen Sie?"
Itulah antara kata-kata yang agak common untuk aku ucapkan bila jumpa dengan orang ramai. It can be used everywhere and tak kira situasi. Especially bila berjumpa kawan-kawan baru di kelas.

Okay, masuk hari ni dah 5 hari aku berada di sini. Dan semalam merupakan hari pertama kelas aku. So how was with my first class? Okay, terus terang aku cakap agak terkejut lah. Because the class was supposedly to be in English, but the lecturer ajar dalam Germany/Deutsch. OMG! This is Power System subject, can be considered as killer subject, plus it is a subject for master student. Then kitorang pun buat la bantahan, tapi lepas tu dia tengok majoriti. And of course la kitorang kalah. Tapi apa boleh buat, we're just sitting there and just tryna catch every single words yang dia cakap, tapi I ended up sleeping. Hahaha ^_^
But at the end of the class we managed to have a small talk with him, and he promised to teach us in English for the next class.

Köln, Germany


Ada siapa-siapa nak kirim souvenirs?

That's all for now. See you again.

Thanks for reading.

p/s : Yang paling excitednya bila jumpa soya ni sebenarnya. Dekat Asia Markt. Setitik amatlah berharga :)





 



Sunday 7 April 2013

Day 1, 2 and 3

Assalamualaikum.

Tik tok tik tok................
Tanpa aku sedari, masa telah berlalu dengan begitu pantas. Masuk hari ni, dah genap 3 hari aku berada di Germany. Actually masih banyak lagi hari-hari yang perlu ditempuhi (lebih kurang 177 hari).

So i would like to share some of my experience berada di negara orang. Lagi-lagi negara yang non-English speaking. Jadi masa mula-mula sampai tu agak excited dengan cuaca dia, sejuk teruk baq hang. Walaupun dah tak ada snow, tapi still sejuk. It was like average of 3°C every day. Then kulit kita pun jadi kering, kalau tak tahan tu boleh sampai luka-luka. Lepas tu hadapi masalah dengan toilet dia, sebab tak ada paip. Then nak cari makanan halal pun susah jugak, tapi takda la susah sangat pun. Masalah yang lain pulak, rumah aku ni jauh dari kampus. Kalau nak ke kelas tu kena naik train, lepas tu kena turun untuk ambil bas pulak. Kalau malas tunggu bas, jalan kaki lebih kurang 8 minit. Tapi public transport dia sangat efficient. Not like Malaysia. Ouppss!

Day 1 :
Okay untuk hari pertama tu, bila kitorang sampai, setelah check-in ke dalam bilik masing-masing, kitorang terus dibawa berjalan oleh abang-abang dan kakak senior yang berada di sini. Apa lagi, mesti lah beli barang keperluan. Lepas tu makan one of the famous food around here, iaitu Doner Kebab.

Dapat bilik yang paling buruk :(




    
 


Day 2 :
Dan untuk hari yang kedua, kitorang pun berjalan-jalan lagi. Penat nak menaip, kita layan gambar je la eh. 









Makan dekat Nordsee. Insyaallah halal, fish based

Anak siapa la tu


Day 3 :
Hari ketiga lebih menarik, sebab lebih banyak gambar dapat tangkap. Haha


Taxi pun guna Mercedes

Buat macam rumah sendiri



 
Ada banyak lagi gambar syok sendiri sebenarnya, tapi cukup la dulu setakat ini. Haha
Nanti I update lagi. Need to go now for another travel. Bye

Thanks for reading.