A story of my life

Tuesday, 14 July 2015

Iftar di Shabu-shabu

Assalamualaikum


Salam Ramadhan.Dah nak dekat-dekat raya ni baru aku berkesempatan untuk menulis blog berentrikan ramadhan sebab sibuk sangat jual ayam di bazaar. Haha takdelah gurau je. Maafkan habang!

Ok, seperti kebiasaannya, tetiap kali bulan puasa, korang yang dekat luar sana mesti tercari-cari tempat untuk berbuka puasa yang best-best kan? Well, ni abang ade suggestion untuk korang. Kalau kau ni jenis yang suka makan steamboat, korang boleh pergi try bukak puasa dekat Restoran Shabu-Shabu. Kenapa nama dia Shabu-shabu? Sebabnya rasa dia dua kali lagi best dari shabu kot. Sebab tu lah shabu to the power of 2 (shabu square) bersamaan dengan shabu-shabu. Hahaha. Well, kedai ni sebenarnya ada dua branches. Satu di Ipoh dan satu lagi di Manjung. Nak diceritakan, yang abang pergi baru-baru ni bertempat di Ipoh.

Restoran Shabu-Shabu Ipoh

Aku dan 4 orang kawan-kawan yang lain datang jauh nun dari Diamond Bay ( read as Teluk Intan) semata-mata nak ke sini, bukan untuk #vapemeet, tapi berjumpa 2 orang kawan-kawan yang stay di Ipoh dan if-thor bersama.



Kalau kau orang ni jenis yang malas masak pulak, jgn risau sebab sempena bulan puasa ni, pihak restoran ada sediakan jugak buffet ramadhan. Sebab tu harga dia sedikit mahal berbanding bulan-bulan yang lain. Harga untuk satu kepala dewasa RM 37, unless kau ada dua kepala, kau bayar la RM 74. Haha. So harga ni termasuk la steamboat+buffet. Kalau kau orang nak bawak parents dan anak-anak pun boleh, sebab ada harga untuk warga emas dan kanak-kanak, which are RM 30 and Rm19, respectively. So berbaloi ke idok? You dont know yet until you go and try by urself. Lols.


Ruang dalaman yang agak menenangkan

Tahu lah kau ni jenis yang eksaited nak makan, tapi kalau boleh kau jangan main serbu je restoran ni tanpa buat reservation, mana la tau kot-kot bulan puasa ni full house pulak, terpaksa lah kau tapau nasi ganja dan makan di tepi jalan. Haha. Abang dah buat tempahan sehari awal pun tu pun nasib baik je dapat tempat dekat dalam, tapi di tingkat atas, jadi abang terpaksa jadi runner sekejap sebab makanan kena ambil dekat bawah. Dekat luar pun ada tempat duduk bertemakan open air, tapi sebab kau ni berdarah mamalia, agak kurang selesa sikit la sebab nanti peluh-peluh kau akan bercampur dengan kuah stteamboat, menjadikan makanan kau dan rakan-rakan sedikit masin. Haha.

Masa kitorang sampai tu jam dah menunjukkan 7 petang, maknanya ada lagi setengah jam untuk berbuka, dan sempat la untuk masak-masak. Aku tak ingat berapa kali aku ulang-alik naik turun tangga sebab amik makanan, dan tempat ni agak crowded jugak la. So itu pentingnya kau buat tempahan awal-awal. Kalau boleh, setahun awal pun lagi bagus. Haha


Food section : Raw seafood

Food section : Vegi

Food section : Main dish
Food section : Buffet

Steamboting sementara menunggu azan maghrib

Wei, bila dah azan, haruslah kau berbuka awal-awal. Ditambah pulak dengan aneka juadah yang dah tersedia, tapi kau jangan lupa untuk solat maghrib pulak sebab waktu maghrib ni kan singkat. So, jangan risau sebab surau ada disediakan. Tapi memandangkan surau agak sempit, aku cadangkan kau solat awal-awal dulu sebelum semua orang serbu surau ni. Jadi, bila dah azan, kau berbuka jelah dengan kurma dan tinggalkan lah makanan yang lain atas meja untuk dikebas oleh waiter. Lol :P

Kalau perut kau jenis stok tangki lori minyak, kau boleh order makanan dekat luar weh. Antara yang ada seperti ikan bakar, char kuey tiaw, sate, mushroom lamb, etc. Jangan risau, semua ni dah included dalam bayaran, so kau order je banyak-banyak. Soalnya sampai tak sampai je dekat meja kau nanti. Haha. Macam kitorang order sate tak sampai-sampai. Tapi serius lamb dia tu sedap, ala-ala masak kicap gituww.




Well, memang lah kalau makan buffet or steamboat ni semua orang boleh makan sampai kenyang wai'ma kau nak tunggu sampai kedai tutup pun boleh. Haha. Tapi tolong lah peka dengan putaran waktu woi. Contohnya kalau kau tengok semua orang yang masuk sama waktu dengan kau, tapi at the end, satu-satu meja dah bla, dan kau masih ambil beberapa pinggan daging dan seafood untuk dimasak, sangat lah tidak proper. Haha lagi-lagi pulak bila kau tengok waiter-waiter tu dah mula kemas-kemas meja dan angkat tray-tray makanan, kau boleh lagi borak-borak dan bermigrasi dekat dalam kedai tu. Kot ye pun kau nak gunakan sepenuhnya value duit yang kau bayar tu, tak perlu okay sampai ada niat nak bankrupkan owner kedai tu untuk hari tu. Hahaha. Yang ni abang rasa mentaliti semua orang bila pergi makan dekat tempat-tempat macam ni, last-last baru sejam makan kau dah give up dan cari toilet. Lols.






Overall, abang kasi 8 bintang out of 10. Rasa ok, makanan ok, suasana ok, cumanya abang agak kurang puas hati dengan servis yang disediakan dan jugak layanan dari staff restoran. Mungkin sebab ramai sangat orang kot. Dua kali order sate pun tak sampai-sampai. Haha.

That's all from me. Aku nak ucapkan terima kasih dekat kawan-kawan yang sudi join majlis berbuka puasa  dan small gathering ni, moga-moga kita sentiasa rapat dan friends till jannah. Hahaha. Ukhwah fillah abdan abada. Wait till our next gathering masa raya :D

p/s : A big thanks to Akmal sebab sudi belanja kitorang berbuka puasa. Tqvm


Saturday, 30 May 2015

Car Review : Honda City 1.5 V

Assalamualaikum

Hi, do you guys still remember me?

Aku dah lama jugak la tak menulis blog, ada la dalam 2 tahun. Haha. Maafkan aku atas kesibukan diri ku sebelum ni. Sekarang baru ada kesempatan menjengah blog yang dah berhabuk ni, sebab apa? Sebab sekarang aku tengah tanam anggur je, so sementara tunggu hasil boleh la menulis ye dak? Hehe

Ok kali ni berbeza sikit post aku berbanding sebelum-sebelum ni yang mana aku tulis pasal pengalaman berjalan-jalan all around the world (walaupun ada lagi tempat-tempat yang aku tak sempat nak tulis, mungkin lain kali haha). Kali ni aku nak kasi review pasal kereta. Muehehe

So, abang-abang hakak-hakak kat luar sana tu sibuk nak cari kereta? Maklum la, ada yang dah kerja baru dapat gaji first, terus nak beli kereta, silakan sebab nanti kau akan mereput selama 9 tahun bayar hutang tiap-tiap bulan. Hahaha. Aku nak nasihat para graduan jangan la terus beli kereta, walaupun kereta yang kau ada sekarang ibarat kereta roda tiga dalam cerita Mr. Bean tu, yang selalu dibuli pengguna jalan raya yang lain, ibarat retak menanti belah. Haha baik kau orang pergi cari rumah, property yang bernilai, etc. (anak dara orang kira property bernilai yang boleh dibeli jugak ke?) Hahaha. Ok berbalik kepada topik kita ni, raya pun dah nak dekat kan, so why not kita survey-survey dulu kereta raya tahun ni



Kereta yang aku nak review ni adalah model keluaran Mr. Honda, iaitu Honda City 1.5 V.


Front view


Dengan engine SOHC i-Vtec 4 silinder, kereta ni boleh pergi dengan menggunakan kuasa maksimum 120 PS @ 6600 rpm dan max torque 145 Nm @ 4600 rpm, tu dah cukup bagus bagi sebuah kereta sedan 1.5 liter. Kalau ikutkan spesifikasi yang dikeluarkan honda, max speed boleh pergi 190 km/h je, tapi korang faham-faham la kan, kereta ni sebenarnya boleh push lebih dari tu lagi muehehe.

Side view

   
Dari segi interior pulak, design dia agak kemas. Simple and moden, and basically semua model kereta honda mempunyai konsep design yang hampir sama, agaknya itu lah trademark mereka.


Dah try sendiri sebab tu berani buat review


Untuk model V yakni full spec, banyak jugak la benda yang ada as compared dengan model-model yang lebih rendah. Antaranya 7" touch screen display audio and touch panel auto-aircond beserta rear aircond. Memang best bila kereta sedan ada rear aircond, sebab biasanya ciri-ciri ni untuk kereta mpv dan kereta mahal-mahal je weh, jadi anak-anak kau tak perlu lagi berebut-rebut nak duduk depan sebab nakkan aircond. Haha ke kau pun biasa buat benda yang sama masa kecik-kecik dulu?

Dan yang bestnya, model honda city ni dilengkapi dengan push start button& keyless entry, so safety lebih tinggi. Kalau kau ni jenis asyik hilang kunci je, tak pun kunci kau penuh dengan anak-anak kunci dan keychain, sampaikan poket kau akan penuh ibarat ikan buntal, maka keyless entry ni amat sesuai dengan kau. Haha. Simpan je kunci ni dalam handbag kau, maka kau akan boleh terus start kereta dan drive sampai ke negara Isketambola haha. Untuk ciri keselamatan yang lain, antaranya Honda City V grade ni dilengkapi dengan 6 airbags.Tak pasti dengan model-model yang lain. Model V ni jugak didatangi dengan odometer berwarna biru untuk menyerlahkan lagi gaya elegant yang ada pada kereta ni. Oh ya, untuk eco mode, kau pasang kalau kau drive long distance je, jangan nak berangan pasang eco mode jalan dalam bandar konon-konon nak jimat minyak, maka nanti kereta kau akan berjaya dipotong oleh seekor kura-kura. Hahaha


Odometer

Kalau kau ni jenis pemalas nak drive, jangan risau sebab kau boleh on je button CRUISE, supaya nanti Tom Cruise akan secara tiba-tiba menjadi driver kau. Haha taklah yang tu gurau je. Kalau kau on cruise maka kereta kau akan bergerak sendiri dengan speed yang constant (boleh set), jadi kau tak payah la susah-susah nak tekan pedal minyak lagi. Dengan adanya handsfree telephone steering switch di stereng, jadi kau tak perlu susah-susah nak cari telefon yang kau letak dalam handbag yang penuh dengan sampah sarap, mahupun poket seluar kau yang dah sendat tu, lagi-lagi pakai seluar skinny. Terseksa beb. Haha. Ni jugak boleh elakkan kau daripada disaman abang polis sebab bergayut sambil memandu.
 



Walau bagaimanapun, aku nak list disadvantages di sebalik kelebihan-kelebihan and sedikit recommendation, kot-kot kalau pihak honda terbca, harap-harap boleh diimprove ye tak.


Disadvantages:

1) Full spec tak didatangi dengan bodykit dan reverse camera
2) Rear aircond agak perlahan
3) Instead of letak 2 power outlet dekat belakang, better kalau terus letak usb je, walaupun dah ada 2 usb di depan.
4) No rear disc-brake


So, overall aku boleh katakan yang 'kepuasan dijamin' tu memang ada bila kau bawak kereta ni. Sesuai la untuk korang yang muda ni, mahupun yang dah berkeluarga, sebab ruang dalaman yang luas dan design luaran yang agak sporty dan garang, lagi-lagi bila masuk bodykit kan. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri best yang aku tak list, antaranya ABS, VSC, hill assist, HDMI, armrest, 8-speaker audio system, etc. Dah la, malas citer panjang-panjang, kau boleh pergi honda showroom terdekat dan pandu uji, lepas tu terus beli untuk membuang duit kau yang berkepuk tu haha. 

Oh btw, bila cakap pasal honda city, maka competitor yang terdekatnya yang sering orang compare ialah tak lain tak bukan Toyota Vios. Harga full spec lebih kurang sama, tapi Vios didatangi dengan full bodykit. Dari analisis aku, mungkin demand honda lebih tinggi, maka dia berani buat macam tu. Apa-apa pun, terpulang lah pada korang sama ada nak pilih yang mana. But as for me, I choose HONDA! The power of dreams. Hihi


Dah kenapa si blm ni nak menyibuk jugak? Haha. Sorry guna gambar lama je masa berjalan ke Melaka hari tu, tak sempat nak buat photoshoot


p/s : For more photos, boleh tengok galeri dekat bawah ni. Untuk harga latest, korang boleh refer pada laman web honda sendiri. Yang ni aku lampirkan sebagai rujukan je.

Harga dah termasuk GST tau, so korang jgn risau





p/s : Credit gambar galeri ni kepada blog sharulhonda.blogspot :)

#carreview #honda #city #blogger

Saturday, 19 October 2013

Aidiladha 2013

Assalamualaikum.

I know it's a little bit kinda too late to write an entry about eidul adha, BUT since I didn't get to celebrate eid ul fitri with the families and friends on that last raya , I just feel that I rather than need, I HAVE TO and I MUST write an entry about it. A short one will do. Bukan nak panjang sangat pun, buat cukup syarat kata orang. LOL!

Enough with the draggy introduction, let's just cut to the chase. So eid ul adha happened to fall on October 15 (10 Zulhijjah) and it was Tuesday. My routine for eid was just like the usual -

In the morning - went to the mosque with family to perform the solat sunat hari raya haji. And the baju melayu that I should have worn for last raya puasa akhirnya dapat dirasmikan dengan jayanya pada hari raya haji lepas.

Aside from the one day break, the qurban itself - what I love about eid ul adha is of course THE FOOD. Mom and grandma cooked rendang ayam, lemang, nasi lemak, nasi briyani, lontong and what not. With not so little food just to celebrate my "comeback"? Hahaha. I wish I could list them all, but then, this entry will be about five hundred words long and most of it is about food. Bet you don't wanna read that. Or would ya? Kikikiki.

Lepas selesai solat, apa lagi makan time!

Lepas makan? Apa lagi? Korban time!

Let the pictures speak for themselves, okay? Here go -







And after the whole menyembelih, melapah dan mengagihkan daging korban punya proses selesai, it's about noon I reckon, and so I headed to a friend's house. There, I dapat la gather with friends, my ex classmates in school.


I think that pretty sums up my raya. Hope yours were great too! Ah, just so you know I have completed my exchange program in Germany. It was fun there but yelah, bak kata pepatah melayu "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri".

Maybe, ehem yes just maybe, I'll publish an entry about my kepulangan ke tanah air. Don't get your hopes too high though, acah retissss sangat. Haha xP

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Till then. Ma'assalama

Thanks for reading this.

credit : What's the harm?

Wednesday, 4 September 2013

Post Exam Vacation : LONDON

Assalamualaikum

Hi peeps!
It's been a while since I posted my last entry here. Been quite busy with my final exam and stuffs. But not for long... me and my other travelling peeps have had this plan of travelling to places in europe since..... I can't even remember since when. Haha.
And by that, I can tell that we have had this plan in head for quite a time. So here goes....

Last week, me and my friends traveled to 3 different countries (or is it 4?) continuosly for 11 days, more or less. The journey begins with London as our first destination :)
5 hari di London, cukup rasanya bagi kami untuk menjelajah dan meneroka seluruh tempat-tempat menarik yang ada dekat situ. Setibanya di London Standstet Airport, kami mengambil bas untuk ke Kota London. Underground di London jugak agak efficient. But don't forget to buy an Oyster Card (function like Touch n Go) as it will make your life easier. Oh ya,we lived in Bayswater, it's quite near to the Malaysian Hall.

20.08.2013

Seawal jam 9 pagi, kitorang terus pergi ke Buckingham Palace untuk menyaksikan upacara Changing Guard yang hanya akan bermula pada jam 11,30 pagi. So, kenapa kena datang awal? Ha sebab yang mudah, supaya dapat cop tempat dekat depan sebab nanti tempat ni nescaya akan dipenuhi dengan orang ramai.


Salah satu sebab yang lain, korang boleh bergambar sesuka hati korang dekat Buckingham Palace ni sebab tak ramai orang lagi. Hihi

Ni masa tak ramai lagi


Ha! Told ya! Kan ramai umat manusia tu. Nasib baik dapat duduk depan. So dapat la ambil gambar-gambar seperti di bawah ni

Changing The Guard

In the evening, we decided to go to the Natural History Museum. Korang pernah tengok cerita Night At The Museum tak? Ha so ni la muziumnya, cuma yang lokasi penggambaran cerita tu di US. Ni di UK.

Apotosaurus
T-Rex


Yang bestnya, masuk percuma. So, mana-mana parents yang malas nak bawak anak-anak pergi zoo tu, boleh la ke sini. Haha. Tapi, dinasihatkan jangan datang sini waktu malam, sebab semua makhluk-makhluk ni akan hidup pada waktu malam. Gotcha!

Then, jangan lupa singgah di Science Museum sebab bangunannya bersebelahan je dan masuk juga adalah percuma. Not to forget Royal Albert Hall as well since it's only a walking distance from there.

Royal Albert Hall
22.08.2013


Rasanya dah tak perlu terangkan kot gambar apa di atas. London Eye, the tallest ferris wheel in Europe, sememangnya menjadi salah satu tarikan utama apabila berkunjung ke London. Dinasihatkan kalau nak beli tiket ni, beli yang siap pakej dengan tempat tarikan yang lain. Sebabnya of couse lebih murah.

From top, you can enjoy the scenery of the whole city of London




Dan jangan lupa untuk pergi tayangan 4D London Eye sebab harga tiket korang dah include sekali dengan 4D show.

Besides that, Madame Tussauds jugak boleh masukkan dalam list. It's worth it. Walaupun kitorang dah pernah pergi sebelum ni, but it's totallty different. I mean, lebih banyak selebriti-selebriti and also dekat dalam tu akan ada ride, dan jugak 4D show. Hehe. And and and ada Dungeon jugak dekat dalam ni xP



We took around 2 hours to complete our 'tours' inside the Madame Tussauds. Itu pun banyak skip, sebab terlalu sesak dengan orang ramai.

Hogwarts Express
Yeah, now it feels like I'm one of the characters in the sequel of Harry Potter. Platform Nine and Three-Quarters (Platform 9¾) is a platform at King's Cross Station in London. Kepada peminat Harry Potter boleh la berkunjung ke sini. Free je pun untuk bergambar, unless korang nak beli gambar daripada photographer sana.

Oxford Street, sememangnya menjadi tempat kegemaran bagi mereka yang gemar bershopping.



Pada sebelah malam pula, kitorang ke Trafalgar Square untuk menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa.



23.08.2013

Early in the morning, we went to the Camden Market, somewhere in Camden Town. Basically dekat sini jual baju-baju dan barang-barang souvenirs yang dikatakan murah. Tapi bila aku check, rasanya dekat Bayswater lagi murah. Hihi


Then we had our lunch at Bayswater, as there are a lot of Halal Restaurant there.

Masa upload gambar ni, sampai terbau-bau makanan ni. Penangan

And also, kitorang kena pergi solat Jumaat dekat Malaysian Hall yang juga berhampiran dengan kedai makan kami. So here, my first khutbah in Bahasa Melayu after 5 months of staying oversea. :')

Waktu petang pula digunakan untuk menghabiskan tempat-tempat menarik yang belum pergi. Yeah tepat sekali, Big Ben dan Tower Bridge!




Masa berjalan-jalan ke St. James Park, sempat pulak bergambar dengan 'Pak Guard' ni.



St James Park merupakan taman rekreasi, tempat orang bersantai pada waktu-waktu petang macam ni.





London Bridge is falling down
Falling down, falling down
London Bridge is falling down
My fair lady

Pernah dengar lagu ni? Ha masa kecik-kecik dulu kita selalu nyanyi kan? Sekarang aku dah berjaya pijak merentasinya. Tak falling down pun. Haha xP



Agak lama jugak la duduk lepak dekat kawasan ni. Just simply because we wanna see both the day and the night view of this magnificient bridge.

And on 24th August, kitorang pun pergi menerbangkan diri ke lokasi seterusnya. Nak tau di mana? Just wait for the next part. Till then. Bye

Trip Advisor
Bayswater is a good place for staying because;
- Souvenirs murah
- Banyak kedai makanan halal ( kedai Melayu pun banyak jugak)
- Berdekatan Malaysian Hall

Thanks for reading this.