A story of my life

Tuesday 13 August 2013

Beraya di Perantauan

Assalamualaikum

Salam Aidilfitri, salam lebaran.

Hwaaaa, dah lama tak update entry. More than a month perhaps. Jari jemari ni pun dah rasa kekok je nak menaip, apatah lagi otak ni yang nak berfikir untuk mengarang ayat bagi menarik minat para pembaca. Haha. Sebenarnya banyak je cerita, cumanya aku hold dulu sebab tengah final exam. Biasanya tangguh-tangguh ni nanti takde la tu kennnn? -.-

Back to the topic, raya hari tu kitorang Malaysian students ada la buat small gathering(rasanya the biggest) untuk menyambut perayaan Aidilfitri. This is my first time beraya di perantauan, jauh dari keluarga sanak saudara dan kawan-kawan.

Bermula dengan solat sunat Aidilfitri di masjid, aku keluar rumah pada jam 7.45 pagi dengan berbaju melayu biru. Ada jugak mata-mata yang memerhati aku di dalam tram. -.- Tapi ramai je saudara-saudara kita dari negara-negara lain yang turut memakai pakaian tradisional masing-masing. Aku tiba agak lewat jugak di masjid, so ruang dalam dah penuh, terpaksa solat di luar. Cuaca pagi tu pulak bukan main sejuk. Nasib baik la takbir raya dekat sini tak sesyahdu di Malaysia, kalau tak banyak la ais-ais batu yang terhasil. Hahaha

Jamuan raya di masjid




Pada mulanya aku tak dapat bayangkan jugak macam mana la aku nak sambut raya nanti. Aku dah siap practice masak rendang, nasi impit and what not untuk persediaan beraya sorang-sorang. Sob sob. But syukur alhamdulillah, all went well. Agak meriah jugak la suasana 1 Syawal tu :-)



Hari tu ada macam-macam jenis juadah sebab masing-masing bawak sorang sikit kan.

Sebahagian daripada menu
Dan macam biasa, sesi photoshoot tu memang wajib la kan jadi salah satu aktiviti utama raya dekat sini. Yela, sebab kitorang mana ada rumah siapa-siapa nak pergi ziarah. Nak ke rumah jiran? Haha



Secara jujurnya, mula-mula aku rasa kekok jugak la nak berbaju melayu lengkap dengan seluar semua, sebab semua orang pandang-pandang, buat muka pelik, dahi berkerutnya, mata julingnya. Haha tapi bila dah ramai-ramai macam ni, aku peduli apa. Beraya dekat sini pun hanya sekali je kot. Kini, hari-hari aku keluar berbaju melayu. Haha :P

Setelah open house menjadi close house, kitorang pun pergi la buat lagi satu sesi photoshoot in the middle of the city. Hebat tak hebat? :O
Haha, deutscher pula sibuk memerhati aksi-aksi dan gelagat kami di tengah-tengah ibu kota.


Dalam banyak-banyak gambar raya, rasanya gambar ni lah kot yang paling cun melecun :D

Jejaka Duisburg :P

Bila matahari melabuhkan tirai, kitorang pun pulang ke rumah masing-masing membawa diri. Suasana raya bagi anak-anak perantau macam kami ni hanya dapat dinikmati bila buat gathering macam ni. Rata-ratanya macam tu lah.

Jadi, begitulah cerita raya kami. Anda pula bagaimana?


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua readers blog izzatbegovic.blogspot. Yela kan, kalau tak baca macam mana nak tau aku buat ucapan ni kan. :P
Sepanjang berblogging, maaf kalau ada terkasar bahasa, terguris hati mana-mana pihak, terpoyo sama ada sengaja mahupun tidak.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Yang di perantauan,
Izzat

p/s : "Lemang tu bukan semestinya lemak, tapi rendang tu pun nak kena sedap"