A story of my life

Sunday 31 March 2013

Meeting With Pengarah YTN

Assalamualaikum.

Kali ni aku tak nak lagi bercerita mengenai Deutschkurs. Dah habis dah pun, dan aku pun tak tahu sama ada aku lulus or tak. Ada possibility untuk gagal ke? Takut la pulak bila difikirkan.
 By the way, kali ni aku nak memperkenal seorang pengarah terhebat, Encik Azman Zakaria. Beliau merupakan seorang Pengarah Yayasan Tenaga Nasional(YTN), our sponsorship.

Pada hari Isnin yang lepas, kami berlima telah dipanggil ke Pejabat YTN bertempat di Uniten. Meeting tu lebih kurang 2 jam. Dari pukul 10.30-12.30. Tak tahu apa yang lama sangat kitorang buat dalam bilik mesyuarat tu. Kami duduk semeja bersama En. Azman serta pegawai-pegawai yang lain. Sedikit taklimat dan nasihat telah diberi kepada kami. Ada jugak seorang senior yang telah tamat pengajian di UDE dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama kami. And at the end of the meeting, kitorang berpeluang bergambar bersama. Dan aku dengan selambanya tak bawak blazer. Mana la aku nak tahu kena smart sangat sampai macam tu. Biasanya biasa-biasa sahaja. Haha akibatnya gambar menjadi cacat. Tak apa lah, kan rare tu


Bergambar bersama Tuan Pengarah



Tengok gambar tu, kan macam pelik je. Ok En. Azman yang duduk di tengah tu, kalau tengok gambar pun boleh tahu personaliti beliau. He's a very nice person. Dia sangat la concern dengan pelajar-pelajar di bawah jagaannya.

Okay lah itu saja untuk kali ini. Oh ya, kepada adik-adik di luar sana yang baru dapat result SPM, boleh la meng-apply permohonan YTN. But if I'm not mistaken, untuk biasiswa dah tutup dah. Tinggal untuk pinjaman boleh ubah sahaja. Apa-apa pun cuba je lah apply. Nanti abang Izzat (abang?okay boleh muntah atas keyboard) boleh tolong kautim dengan En. Azman. Haha just joking. Kalau dapat anda sangat lah beruntung. Ditatang bagai minyak yang penuh. Nah kalau nak apply boleh tengok di sini : link 1

Thanks for reading.

Deutschkurs : Part II

Assalamualaikum.

Setelah beberapa hari (atau lebih tepat beberapa bulan) memerap blog, akhirnya aku beranikan diri juga untuk meng-advertise-kan blog aku ni di laman-laman sosial yang ada seperti Facebook dan Twitter. Bukan apa, aku ni sebenarnya pemalu orangnya. Ehik (gelak tutup mulut). Okay tak perlu kot.

Actually aku ni memang ada habit yang suka perap-perap semua benda. Or in other word, TANGGUH! Misalnya aku suka simpan lama-lama gambar-gambar yang aku tangkap sebelum aku publishkan di laman sosial. Sama jugak macam blog ni, sudah lama baru nak publishkan. And I don't know why. Hihihi

Okay back to the topic, penulisan aku kali ni bertujuan untuk menyambung entry aku yang sebelum ini (boleh rujuk di sini : link 1). Jadi lecturer aku yang kedua ialah Miss Wina from Indonesia. Dia ni lebih kurang sebaya je dengan kitorang. Jadi mestilah dia sporting kan, dan tak garang. So disebabkan itu lah aku banyak tak siapkan homework yang diberi ketika dia menjadi lecturer yang bertugas. Haha bukan sebab malas okay, tapi aku cuma perlukan masa untuk berehat.


Aktiviti yang dilakukan tiap-tiap hari


Miss Wina pun tak berada lama di Malaysia. Baru beberapa bulan dan selepas itu dia pulang ke Indonesia semula. Bayangkan Alamanda and Putrajaya tu pun dia tak tahu apa benda. Jadi on the last day of our class, kitorang pun bawa la dia merendek dekat Putrajaya. Nak gambar ke? Tak payah la. Malas nak cari balik gambar yang dah lama terperap.



Kanak-kanak riang



Jadi kita terus ke lecturer aku yang ketiga. Namanya aku tak berapa ingat sebenarnya, gambarnya pun tak ada. Nak tahu sebab apa? Sebab dia lelaki. Haha apa ke malang sungguh nasib lecturer ni mendapat pelajar seperti aku ni. No lah, actually dia ajar kami untuk beberapa hari je, 6 days if I'm not mistaken, so tak ada kesempatan nak bergambar bersama. Tapi dia ni baik jugak, relax je sepanjang kami belajar bersama beliau. Tapi, apa yang menarik tentang dia ialah dia ni dah menetap di Malaysia lebih kurang 30 tahun. What?!! Ohmaigad! Dia lagi lama duduk Malaysia berbanding diri aku yang masih mentah ni, no wonder la dia tahu almost every places in Malaysia ni. Sampaikan Teluk Intan yang terpencil tu pun dia boleh tahu. Dan yang paling best, dia boleh cakap Bahasa Melayu uolls. But somehow i found it quite funny. "Sikit-sikit boleh lah". "Teh tarik kurang kurang manis". Agak funny kan? But I was impressed!

Jadi, di akhir course kami ni, kami mengambil peluang untuk bergambar bersama beliau dan juga Madam Renate.


Ha laki tu la lecturer yang aku maksudkan   


Jadi, di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya guru-guru dan rakan-rakan yang telah membantu sepanjang aku mengikuti kursus ini. Tidak lupa juga kepada staf-staf di Mercator Office UKM. Viele dank!

Thanks for reading.

p/s: kepada yang bertanya tujuan aku ambil kursus ni, nanti aku tulis dalam post yang lain. Tapi sekarang ni aku tengah menikmati cuti sem yang agak panjang, so aku anggap jelah sebagai pengisian masa lapang. boleh tak? ;-)






Wednesday 27 March 2013

Deutschkurs : Part 1

Guten Tag.
Eh! Bahasa apa tu? Dan apa itu deutschkurs? Nak tahu? Okay teruskan membaca.

Menurut kamus Hueber ( atau Hueber Wörterbuch ), Deutsch bermaksud Germany dan kurs pula bermaksud course. Jadi Deutschkurs bermaksud Kursus Jerman atau dalam bahasa omputeh Germany Course.

Jadi kenapa tiba-tiba aku bercerita tentang Deutschkurs pulak ni? Baiklah, pada 21 Jan yang lepas, aku dan 4 orang rakan yang lain telah mengikuti Kursus Germany bertempat di UKM, Bangi. Kursus yang mengambil masa selama lebih kurang 2 bulan itu telah tamat pada 21 Mac baru-baru ini . Eh, kenapa bahasa macam buat karangan BM SPM ala-ala berita ni? Haha




So basically the course includes A1 and A2, which are compulsory for us to pass both of them in order to get the certificate. And kitorang kena attend class setiap hari except on Sunday. Dah la macam tu, kelasnya pulak dalam 6-7 jam sehari. Kadang-kadang terlajak sampai ke 8 jam pun ada. Sometimes je lecturer baik hati tamatkan kelas ikut jadual asal iaitu selama 5 jam sahaja. So korang boleh bayangkan tak betapa penatnya kami selama 2 bulan tu? Heh

Ada 3 orang lecturer yang mengajar kami. 2 orang diimport dari Germany dan seorang lagi dari Indonesia. Mari kita berkenalan dengan lebih dekat. Okay yang first ialah Frau Renate Kärchner-Ober ( Please pronounce it correctly! Haha ). Dia sangatlah baik orangnya. Ini buktinya........


Obviously you can know which one is Dr. Renate right?haha

Frau Renate yang belanja Dominos




Hanging out sebelum Madam pulang ke Deutschland @Germany

Dia belanja lagi haha


Tapi bukan sebab dia belanja tu yang kami kata dia baik haha. Tapi dia ni memang betul-betul komited mengajar and take care of us. Tapi kadang-kadang dia a lil bit tegas jugak, lagi-lagi masa last-last kelas A2.
Lepas tu homeworknya pulak bertimbun.Tapi kitorang faham, disebabkan kekangan masa dan untuk masa depan kitorang jugak. ^_^

So setakat itu dulu untuk kali ni. Nantikan sambungan di dalam bahagian berikutnya.
Oh by the way, result A2 kita tak keluar lagi, doakan kita lulus :D

Thanks for reading.
Assalamualaikum.