Setelah beberapa hari (atau lebih tepat beberapa bulan) memerap blog, akhirnya aku beranikan diri juga untuk meng-advertise-kan blog aku ni di laman-laman sosial yang ada seperti Facebook dan Twitter. Bukan apa, aku ni sebenarnya pemalu orangnya. Ehik (gelak tutup mulut). Okay tak perlu kot.
Actually aku ni memang ada habit yang suka perap-perap semua benda. Or in other word, TANGGUH! Misalnya aku suka simpan lama-lama gambar-gambar yang aku tangkap sebelum aku publishkan di laman sosial. Sama jugak macam blog ni, sudah lama baru nak publishkan. And I don't know why. Hihihi
Okay back to the topic, penulisan aku kali ni bertujuan untuk menyambung entry aku yang sebelum ini (boleh rujuk di sini : link 1). Jadi lecturer aku yang kedua ialah Miss Wina from Indonesia. Dia ni lebih kurang sebaya je dengan kitorang. Jadi mestilah dia sporting kan, dan tak garang. So disebabkan itu lah aku banyak tak siapkan homework yang diberi ketika dia menjadi lecturer yang bertugas. Haha bukan sebab malas okay, tapi aku cuma perlukan masa untuk berehat.
Aktiviti yang dilakukan tiap-tiap hari |
Miss Wina pun tak berada lama di Malaysia. Baru beberapa bulan dan selepas itu dia pulang ke Indonesia semula. Bayangkan Alamanda and Putrajaya tu pun dia tak tahu apa benda. Jadi on the last day of our class, kitorang pun bawa la dia merendek dekat Putrajaya. Nak gambar ke? Tak payah la. Malas nak cari balik gambar yang dah lama terperap.
Kanak-kanak riang |
Jadi kita terus ke lecturer aku yang ketiga. Namanya aku tak berapa ingat sebenarnya, gambarnya pun tak ada. Nak tahu sebab apa? Sebab dia lelaki. Haha apa ke malang sungguh nasib lecturer ni mendapat pelajar seperti aku ni. No lah, actually dia ajar kami untuk beberapa hari je, 6 days if I'm not mistaken, so tak ada kesempatan nak bergambar bersama. Tapi dia ni baik jugak, relax je sepanjang kami belajar bersama beliau. Tapi, apa yang menarik tentang dia ialah dia ni dah menetap di Malaysia lebih kurang 30 tahun. What?!! Ohmaigad! Dia lagi lama duduk Malaysia berbanding diri aku yang masih mentah ni, no wonder la dia tahu almost every places in Malaysia ni. Sampaikan Teluk Intan yang terpencil tu pun dia boleh tahu. Dan yang paling best, dia boleh cakap Bahasa Melayu uolls. But somehow i found it quite funny. "Sikit-sikit boleh lah". "Teh tarik kurang kurang manis". Agak funny kan? But I was impressed!
Jadi, di akhir course kami ni, kami mengambil peluang untuk bergambar bersama beliau dan juga Madam Renate.
Ha laki tu la lecturer yang aku maksudkan |
Jadi, di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya guru-guru dan rakan-rakan yang telah membantu sepanjang aku mengikuti kursus ini. Tidak lupa juga kepada staf-staf di Mercator Office UKM. Viele dank!
Thanks for reading.
p/s: kepada yang bertanya tujuan aku ambil kursus ni, nanti aku tulis dalam post yang lain. Tapi sekarang ni aku tengah menikmati cuti sem yang agak panjang, so aku anggap jelah sebagai pengisian masa lapang. boleh tak? ;-)
disebabkan ko publish dkat laman sosial,so aku pun rajinlaa menjenguk.haha.
ReplyDeletegoodluck korunk dkat germany ye
Ohh lisa, kau rupanya. haha
ReplyDeleteThanks