A story of my life

Sunday 26 May 2013

Umziehen. Berpindah ke "Banglo"?

Assalamualaikum

Wie geht's? Lately kurang mood la nak mengupdate blog dan berjalan, apatah lagi nak study. Haha. I don't know why. Baik, straight to the point.

Guess what? Madam Renate is moving to the new house!! Or 'was' i should say. So hari tu dia ada panggil kitorang datang rumah dia. Tujuannya, untuk tolong dia kemas and angkut barang-barang dia. Sebagai anak-anak didiknya yang baik hati, kitorang semua pergi la menghulurkan bantuan, ringankan beban. kikiki



So ini adalah rumah baru beliau.


Rumah ni 4 tingkat kot. Complete dengan underground sekali. Siap ada bilik kawal temperature apa semua. Lepas tu husband dia siap bagi penerangan apa bagai. Wah! Dah macam lawatan ke 'lapangan' dah. Memang "engineering things" betul. So dapat la sikit feel industrial training nanti. Haha

Itu je yang aku nak cerita. Salam

Thanks for reading.

p/s : Will be off for a week to Prague, Berlin and Hamburg

Monday 20 May 2013

Rentap 6 : Kejohanan Badminton Antarabangsa

Assalamualaikum

Last weekend, aku telah menyertai pertandingan badminton yang bertempat di Stuttgart. Rata-rata pemain bertaraf dunia seperti Peter Gade, Taufik Hidayat, Lee Yong-dae & Jung Jae-sung, Cai Yun & Haifeng FU telah menyertai pertandingan tersebut. Aku dan Syazwan telah mendaftarkan diri dalam perlawanan beregu sebagai wakil Malaysia dan telah diundi sekumpulan dengan beregu Korea, Lee Yong-dae & Jung Jae-sung. Perlawanan kami menentang mereka telah tewas dalam straight set 21-9, 21-13.

Okay, sila jangan percaya dengan cerita di atas. Dan ini adalah cerita yang sebenar.....

Last weekend, aku telah menyertai pertandingan badminton yang bertempat di Stuttgart anjuran pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Germany. Perjalanan kami dari utara German ke selatan German sejauh lebih kurang 450km. Tapi tak rasa pun sebab naik ICE. Haha

This wasn't an acting eh

Perlawanan kami dijadualkan pada hari ahad jam 8.30 pagi. Jadi kitorang datang la pada hari sabtu, bersiar-siar dulu di bandar Stuggart. Al maklumla, dah datang jauh-jauh takkan tak singgah city dia kan, lagi pun memang sekali je lah jejak kaki dekat sini, lepas ni sorry naik lori. Hihi. Malangnya tak sempat nak melawat muzium kereta seperti Mercedes-Benz, Porsche, BMW dan lain-lain kerana kesuntukan masa.

Antara pemandangan yang terdapat di Stuttgart

 Dah penat berjalan tu, pergi la singgah makan steamboat. Hangatkan badan sewaktu cuaca sejuk. Perghh!


Dan esoknya sedia untuk berentap di gelanggang. 


Gaya mesti ada :P

Walaupun tewas, tapi kitorang enjoyed the game, especially game yang terakhir. Mungkin badan baru nak 'panas' kot. Habis main dalam pukul 12, dan train balik kami pada jam 2.25 p.m. So sebab tu buat-buat kalah, kalau menang nanti kena go to the next round maka akan terlepas train untuk pulang. Haha ( alasan semata-mata). Lepas habis main, terus join bbq yang budak-budak Malaysia ni buat. Hihi best jgk la dapat gathering macam tu. Gambaq takda sebab sibuk mengisi perut. -_-
Perjalanan pulang kami mengambil masa 8 jam sebab naik schönes wochenende. Terpaksa tukar-tukar train bagai. Memang tidur jela dalam train tu haha.
Apa-apa pun, kami memang bersemangat sanggup datang dari jauh semata-mata untuk ke pertandingan badminton ni. Akhir kata, majulah sukan untuk negara!

Till the next post.

Thanks for reading.

Sunday 19 May 2013

I Amsterdam. You Are?

Assalamualaikum

Rasanya cerita pasal Amsterdam ni dah 2 3 minggu dah lepas, tapi sekarang baru aku berkesempatan untuk menulis di blog ni. Ececey busy betei awak ni nampak dak?

Okay lets start. On our last day at Amsterdam, which means our final destination, was Museumplein. Jadi apa yang ada dekat sini? So let the picture tells the story


So ni lah antara salah satu tourist attraction yang ada dekat sini. Senang cerita, memang tak sah la pelancong yang datang ke Amsterdam, tapi tak singgah dekat sini. Rata-rata mereka takkan lepaskan peluang untuk bergambar berlatarbelakangkan "I amsterdam". So do us. Pagi-pagi lagi dah check out hotel semata-mata nak ke sini. Hihi



Thanks to Malaysian yang tolong ambilkan gambar kitorang :)

Nasib baik keluar awal pagi. Kalau tak memang tak berpeluang la nak pegang huruf-huruf ni. Haha tapi sini takda apa pun sebenarnya. Memang tempat untuk bergambar jelah.
 

Lebihan gambar, boleh la tengok di FB iolls. :-P
Till the next post.

Thanks for reading.

Friday 17 May 2013

Holland : Madame Tussauds and The Amsterdam Dungeon

Assalamualaikum

Hello fellas, here comes another entry. Actually I'm trying to publish all of my entries as fast as I can during the weekend, because I'm sure that I'll not be able to visit my blog during weekdays. So, just keep silence and read. Familiar enough right? Haha

So, we're still in the Holland mood. First of all I would like to story about the Madame Tussauds. Here is the place where I met a lot of celebrities, Hollywood artists, football players, physicist as well as politicians. Senang cerita semua yang public figures la.

With Justin Timberlake



Okay now you know what I mean. Right? So, Madame Tussauds is a wax museum, displaying waxworks of historical and royal figures, film stars, sports stars and infamous murderers. Tapi disebabkan ni yang dekat Amsterdam, so tak banyak sangat la patung lilinnya, kalau nak compare yang ada dekat London.



x2 + y2 = Albert Einstein. Boleh? haha 
Dan inilah dia Madam Tussauds tu, pengasas kononnya



Oh ya, untuk harga, disebabkan kitorang beli pakej for the entrance fees for both Madame Tussauds and Amsterdam Dungeon, jadi dapat la murah sikit.
 


And on the next day, we went to Amsterdam Dungeon. If I'm not mistaken, tiket untuk Amsterdam Dungeon tu valid seminggu ke sebulan entah. So tak perlu rushing-rushing okay. Chillax

Achtung! Bagi mereka yang ada sakit jantung or whatsoever yang sama dengannya, dinasihatkan tidak masuk ke sini. Amsterdam Dungeon ni lebih kurang macam penjara bawah tanah la. But the way diorang sampaikan cerita tu agak menarik, seram dan penuh dengan thrill! siap ada roller coaster lagi dalam bangunan tu haha. Tapi agak annoying jugak la dia punya crew-crew dalam tu, especially yang jaga entrance tu. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka diorang. Tapi awas!! Anda tidak boleh menyentuh sebarang makhluk di dalam tu. So tak boleh la nak tumbuk. Haha

Unfortunately, tak boleh nak ambil gambar dekat dalam. So dari luar jela eh



Sorry for the overreacted face :P

Till the next post. Mach's gut! Tschüss

Friday 10 May 2013

Holland : Keukenhof

Assalamualaikum

Seperti yang aku janji dalam last entry, aku akan bercerita tentang pengalaman aku di Keukenhof. Ok first of all, korang tahu tak apa itu Keukenhof? Menurut maklumat hasil risikan yang aku dapat, Keuken berasal dari perkataan Dutch bermaksud kitchen, dan Hof bermaksud garden. Kitchen garden? Tak masuk akal. Haha

So Keukenhof also known as the Garden of Europe, is the world's largest flower garden. It is situated near Lisse, Netherlands. Jadi, dari kota Amsterdam, kitorang kena naik bas selama lebih kurang satu jam untuk sampai ke situ. Aku agak tertarik dengan highway di sana di mana tiada sebarang tol pun sepanjang perjalanan. Sayangnya rakyat Malaysia tak nak macam tu :P

Di depan pintu masuk Keukenhof
Tapi bila sampai kitorang tak terus masuk sebab orang ramai sangat beratur. So we decided to cycle around the tulip's farm first. So pergi sewa basikal, bayar 10 Euro per person. Aku dan Boyak (bukan nama sebenar) bercadang untuk cuba basikal 2 seats. Lepas tu orang tu tanya nak ikut jalan mana, dekat ke jauh? Because we thought we'll be having plenty of time, so we decided to choose the long route.


The 2 seats bicycle

Dengan hanya berbekalkan map yang diberi, aku dan Boyak menggalas tugas untuk leading di depan. (Bukan ape, kitorang 2 seat, so sorang bawak lagi sorang boleh tengok map). Selepas beberapa kilometer berbasikal, finally we saw this! Dan barulah kitorang yakin yang kitorang berada di landasan yang betul. Seperti biasa, peluang untuk bergambar tidak disia-siakan :P



Love


Okay. Lepas dah puas bergambar, kitorang teruskan perjalanan. Sambil menikmati pemandangan yang indah, menghirup udara segar, menghidu bau bunga tulip dan juga sambil menyanyi-nyanyi.......suddenly we lost track. "OMG! we are we now?". Luckily there were a couple of old citizen yang sedang berbasikal di situ, so kitorang pun bertanya arah kepada mereka. Kitorang nak ke pantai, sebab kalau diikutkan, dalam peta tu ada laut. Lepas dapat direction, terus bergerak tanpa melengahkan perjalanan.

Setelah beberapa pit stop, akhirnya sampai jugak kami di North Sea.
The North Sea is a marginal sea of the Atlantic Ocean located between Great Britain, Scandinavia, Germany, the Netherlands, Belgium, and France. -sumber dari Wiki


Kinda excited because it was our first time going to the sea
It was so nice to see the sea over there. The sand was white, felt so soft that if wind were to blow it away, it'll look like it isn't really moving. Tapi memang tak lah nak mandi dekat situ kan,dengan cuaca yang sejuk tu. Lepas tu teruskan lagi perjalanan untuk balik semula ke Keukenhof. Masa balik tu, memang segala jalan 'short cut' digunakan, sebab dah letih sangat, plus kitorang dah kekurangan masa. Kononnya nak berbasikal sekejap je, tengok-tengok dah hampir 4 jam tak balik-balik lagi. Advantage was on me and Boyak sebab berkongsi basikal, so less energy digunakan. Diorang yang lain masing-masing dah habis energy haha. Bila dah sampai, cek balik peta, tak sedar rupa-rupanya dah mengayuh sejauh 22 km. Wow, such a long journey, but we did it! :)

Please stay tuned.
Yang mana nak ke toilet tu boleh la pergi dulu sebab masih panjang lagi entry ini. Haha
-5 minutes break-

Ok mari kita sambung.
Setibanya kami di Keukenhof, kami agak terkejut tatkala melihat orang ramai beratur panjang untuk menyewa basikal dan lengang di pintu masuk Keukenhof. So memang satu plan yang bagus kitorang dah buat. Entrance fee untuk masuk dalam ni aku tak berapa pasti, sebab kitorang dah siap beli pakej transport+entrance fee which cost us 27.50 Euro. Masuk je keukenhof, terus nampak pelbagai jenis bunga. Subhanallah! Teramat cantik





Ada orang kata macam mata lalat. Lalat pun lalat la :P


Kena tegur dengan pak guard sebab pijak rumput haha
And here comes the interesting part


The A1 attraction, no doubt was the bulb flower mosaic, showing the London Big Ben and Tower Bridge.
The United Kingdom, Land  of Great Gardens is the Keukenhof theme for 2013. So it was shown through the immense bulb flower mosaic. Apa yang anda lihat tu semuanya bunga-bunga yang ditanam untuk membuat 'replika'  London Big Ben dan Tower Bridge. Kreatif bukan?



Some seven million flower bulbs have been planted in the park of 32 hectares. Ha kan dah cakap, bunga dekat dalam tu banyak sangat. Dah la garden tu besar, tak tertengok semua.
After spending about 2 and a half hours in the garden, we decided to make a move.
In conclusion, I would suggest you guys to try both of them. As for me, I prefer the cycling part rather than the garden itself. Sebab macam mencabar sikit and it's fun. Kalau dekat dalam Keukenhof tu, yang bestnya ambil gambar jela. Mungkin bagi peminat tegar bunga syok la kot, but not me haha.

Photog

Wait for my next entry about the Dungeon and .................

Thanks for reading.

p/s :  Untuk lihat gambar yang lebih banyak dan menarik, please visit my FB.

Holland : Arrival in Amsterdam

Assalamualaikum

Today is holiday. Yippiee! Setelah penat berjalan selama 3 hari di kota Amsterdam, akhirnya dapat jugak aku berehat di rumah. Sebenarnya aku................(Tup)
Suddenly blackout!
Bila dah terang, aku tengok blog aku ni dah siap tulis. Boleh? haha

Ok cukup lah tu. Mari kita kembali bercerita. Tak tahu nak mula dari mana, sebab banyak sangat yang nak diceritakan. Baik, last week, dari 3-5 Mei aku and the gang telah pergi ke Amsterdam untuk berjalan-jalan (bukan untuk mengelak pilihanraya ya) . Disebabkan pergi time peak hour, so everything jadi mahal. Haha nak buat macam mana, nasib lah. Bergerak ke sana dengan menaiki ICE. Oh ya, ICE merupakan sebuah train laju dan exclusive di Germany (bajet-bajet orang kaya). So we were quite excited bila first time naik ICE.

ICE
Ye, memang selesa. Kerusi pun empuk ala-ala kerusi di office. Tapi nak dijadikan cerita, bila dah lepas separuh perjalanan, semua penumpang diarah keluar, tak tahu kenapa, tapi kitorang kena tukar train. Naik la train buruk dan terpaksa berdiri lebih kurang setengah jam. "Cis, bayar mahal-mahal kena berdiri?", kataku dalam hati.

Alhamdulillah, bila dah sampai, terus pergi beli tiket untuk pengangkutan di sana, dan juga untuk entrance ke Keukenhof (nanti aku cerita dalam entry yg lain). Tiket transportation ada dijual untuk sejam, sehari, 2 hari dan juga 3 hari. Aku advise korang terus beli tiket untuk beberapa hari yang korang nak, sebab lebih murah berbanding beli tiket untuk sejam or sehari.


Lepas tu terus bergegas ke hotel. Nasib baik aku dah buat persediaan, so map Amsterdam ada dalam kepala aku. Dah sampai hotel pun terima lagi satu kejutan bila tengok hotel tu pernah dapat anugerah "The Worst Hotel in the World". Haha tapi bila dah masuk bilik tu tengok okay je. Petang tu kitorang berjalan la pusing-pusing kota Amsterdam.


 
Bagi penggemar HR, boleh la datang ke sini

 






Suddenly, kitorang dengar orang menjerit-jerit. Nampak gayanya macam ada artis. Aku pun usha la sikit-sikit, muka macam kenal tak kenal je. "Mungkin artis diorang kot", kata hati kecilku lagi.. So kitorang pun buat tak hairan lah. Sekali orang menjerit "One Direction!!!". Masa tu aku punya la berhambat lari sebab nak tangkap gambar. Tapi tak sempat sebab diorang dah masuk kereta. Haha

Cuba la intai kot kot boleh nampak ke :P


Yang tak boleh bla, budak-budak perempuan remaja kat situ sampai menangis-nangis sebab excited. Haishh tak faham betul la. Lepas tu kitorang teruskan perjalanan and on the next day kitorang ke Keukenhof.

Thanks for reading.


p/s : #509 - Dapat kad ni dari secret admire dari Malaysia haha :P  Thank you very much

Thursday 2 May 2013

PRU 13 : Ke arah Malaysia yang lebih baik?

Tinggal 3 hari lagi sebelum hari pengundian. Masa yang kritikal ini sudah pasti akan digunakan sebaik mungkin oleh calon-calon yang bertanding untuk berkempen siang dan malam. Para petugas dan juga para perayu undi akan terus meraih undi daripada rakyat supaya mengundi calon mereka.

Kelihatan gelombang kebangkitan rakyat semakin menular di negara kita. Ternyata anak-anak muda juga turut bangkit bersama dan yang terbaru, mereka melancarkan "Flashmob" yang menjadi satu trend baru di seluruh negara kita menjelang pilihan raya. Tidak ketinggalan juga anak-anak yang berada di perantauan turut memberikan sokongan.

Majoriti penganalis politik( yang bertauliah mahupun tidak, dan juga yang di warung-warung) meramalkan PRU-13 ini bakal menyaksikan persaingan paling sengit antara BN dan PR dalam sejarah negara.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menukar pemerintah yang baru, atau ingin mengekalkan pemerintah yang sedia ada? Adakah mereka bersedia memberi satu peluang kepada PR ataupun masih beri peluang yang ke-13 kepada BN? Dan adakah slogan "Ini Kalilah" akan menjadi kenyataan atau bertukar menjadi Lain Kalilah? Sama-sama kita nantikan.

Selamat mengundi!

p/s : Tak boleh update lebih-lebih kan. Haha. And unfortunately tak dpt follow perkembangan semasa hari mengundi nanti sebab berada di Amsterdam. Korang nanti tolong update eh :)