A story of my life

Friday, 10 May 2013

Holland : Arrival in Amsterdam

Assalamualaikum

Today is holiday. Yippiee! Setelah penat berjalan selama 3 hari di kota Amsterdam, akhirnya dapat jugak aku berehat di rumah. Sebenarnya aku................(Tup)
Suddenly blackout!
Bila dah terang, aku tengok blog aku ni dah siap tulis. Boleh? haha

Ok cukup lah tu. Mari kita kembali bercerita. Tak tahu nak mula dari mana, sebab banyak sangat yang nak diceritakan. Baik, last week, dari 3-5 Mei aku and the gang telah pergi ke Amsterdam untuk berjalan-jalan (bukan untuk mengelak pilihanraya ya) . Disebabkan pergi time peak hour, so everything jadi mahal. Haha nak buat macam mana, nasib lah. Bergerak ke sana dengan menaiki ICE. Oh ya, ICE merupakan sebuah train laju dan exclusive di Germany (bajet-bajet orang kaya). So we were quite excited bila first time naik ICE.

ICE
Ye, memang selesa. Kerusi pun empuk ala-ala kerusi di office. Tapi nak dijadikan cerita, bila dah lepas separuh perjalanan, semua penumpang diarah keluar, tak tahu kenapa, tapi kitorang kena tukar train. Naik la train buruk dan terpaksa berdiri lebih kurang setengah jam. "Cis, bayar mahal-mahal kena berdiri?", kataku dalam hati.

Alhamdulillah, bila dah sampai, terus pergi beli tiket untuk pengangkutan di sana, dan juga untuk entrance ke Keukenhof (nanti aku cerita dalam entry yg lain). Tiket transportation ada dijual untuk sejam, sehari, 2 hari dan juga 3 hari. Aku advise korang terus beli tiket untuk beberapa hari yang korang nak, sebab lebih murah berbanding beli tiket untuk sejam or sehari.


Lepas tu terus bergegas ke hotel. Nasib baik aku dah buat persediaan, so map Amsterdam ada dalam kepala aku. Dah sampai hotel pun terima lagi satu kejutan bila tengok hotel tu pernah dapat anugerah "The Worst Hotel in the World". Haha tapi bila dah masuk bilik tu tengok okay je. Petang tu kitorang berjalan la pusing-pusing kota Amsterdam.


 
Bagi penggemar HR, boleh la datang ke sini

 






Suddenly, kitorang dengar orang menjerit-jerit. Nampak gayanya macam ada artis. Aku pun usha la sikit-sikit, muka macam kenal tak kenal je. "Mungkin artis diorang kot", kata hati kecilku lagi.. So kitorang pun buat tak hairan lah. Sekali orang menjerit "One Direction!!!". Masa tu aku punya la berhambat lari sebab nak tangkap gambar. Tapi tak sempat sebab diorang dah masuk kereta. Haha

Cuba la intai kot kot boleh nampak ke :P


Yang tak boleh bla, budak-budak perempuan remaja kat situ sampai menangis-nangis sebab excited. Haishh tak faham betul la. Lepas tu kitorang teruskan perjalanan and on the next day kitorang ke Keukenhof.

Thanks for reading.


p/s : #509 - Dapat kad ni dari secret admire dari Malaysia haha :P  Thank you very much

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nak tanye duk mana kat amsterdam tue? Safe x hotel die.

    thanks.

    ReplyDelete