A story of my life

Monday, 20 May 2013

Rentap 6 : Kejohanan Badminton Antarabangsa

Assalamualaikum

Last weekend, aku telah menyertai pertandingan badminton yang bertempat di Stuttgart. Rata-rata pemain bertaraf dunia seperti Peter Gade, Taufik Hidayat, Lee Yong-dae & Jung Jae-sung, Cai Yun & Haifeng FU telah menyertai pertandingan tersebut. Aku dan Syazwan telah mendaftarkan diri dalam perlawanan beregu sebagai wakil Malaysia dan telah diundi sekumpulan dengan beregu Korea, Lee Yong-dae & Jung Jae-sung. Perlawanan kami menentang mereka telah tewas dalam straight set 21-9, 21-13.

Okay, sila jangan percaya dengan cerita di atas. Dan ini adalah cerita yang sebenar.....

Last weekend, aku telah menyertai pertandingan badminton yang bertempat di Stuttgart anjuran pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Germany. Perjalanan kami dari utara German ke selatan German sejauh lebih kurang 450km. Tapi tak rasa pun sebab naik ICE. Haha

This wasn't an acting eh

Perlawanan kami dijadualkan pada hari ahad jam 8.30 pagi. Jadi kitorang datang la pada hari sabtu, bersiar-siar dulu di bandar Stuggart. Al maklumla, dah datang jauh-jauh takkan tak singgah city dia kan, lagi pun memang sekali je lah jejak kaki dekat sini, lepas ni sorry naik lori. Hihi. Malangnya tak sempat nak melawat muzium kereta seperti Mercedes-Benz, Porsche, BMW dan lain-lain kerana kesuntukan masa.

Antara pemandangan yang terdapat di Stuttgart

 Dah penat berjalan tu, pergi la singgah makan steamboat. Hangatkan badan sewaktu cuaca sejuk. Perghh!


Dan esoknya sedia untuk berentap di gelanggang. 


Gaya mesti ada :P

Walaupun tewas, tapi kitorang enjoyed the game, especially game yang terakhir. Mungkin badan baru nak 'panas' kot. Habis main dalam pukul 12, dan train balik kami pada jam 2.25 p.m. So sebab tu buat-buat kalah, kalau menang nanti kena go to the next round maka akan terlepas train untuk pulang. Haha ( alasan semata-mata). Lepas habis main, terus join bbq yang budak-budak Malaysia ni buat. Hihi best jgk la dapat gathering macam tu. Gambaq takda sebab sibuk mengisi perut. -_-
Perjalanan pulang kami mengambil masa 8 jam sebab naik schönes wochenende. Terpaksa tukar-tukar train bagai. Memang tidur jela dalam train tu haha.
Apa-apa pun, kami memang bersemangat sanggup datang dari jauh semata-mata untuk ke pertandingan badminton ni. Akhir kata, majulah sukan untuk negara!

Till the next post.

Thanks for reading.

2 comments: