A story of my life

Thursday, 2 May 2013

PRU 13 : Ke arah Malaysia yang lebih baik?

Tinggal 3 hari lagi sebelum hari pengundian. Masa yang kritikal ini sudah pasti akan digunakan sebaik mungkin oleh calon-calon yang bertanding untuk berkempen siang dan malam. Para petugas dan juga para perayu undi akan terus meraih undi daripada rakyat supaya mengundi calon mereka.

Kelihatan gelombang kebangkitan rakyat semakin menular di negara kita. Ternyata anak-anak muda juga turut bangkit bersama dan yang terbaru, mereka melancarkan "Flashmob" yang menjadi satu trend baru di seluruh negara kita menjelang pilihan raya. Tidak ketinggalan juga anak-anak yang berada di perantauan turut memberikan sokongan.

Majoriti penganalis politik( yang bertauliah mahupun tidak, dan juga yang di warung-warung) meramalkan PRU-13 ini bakal menyaksikan persaingan paling sengit antara BN dan PR dalam sejarah negara.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menukar pemerintah yang baru, atau ingin mengekalkan pemerintah yang sedia ada? Adakah mereka bersedia memberi satu peluang kepada PR ataupun masih beri peluang yang ke-13 kepada BN? Dan adakah slogan "Ini Kalilah" akan menjadi kenyataan atau bertukar menjadi Lain Kalilah? Sama-sama kita nantikan.

Selamat mengundi!

p/s : Tak boleh update lebih-lebih kan. Haha. And unfortunately tak dpt follow perkembangan semasa hari mengundi nanti sebab berada di Amsterdam. Korang nanti tolong update eh :)

No comments:

Post a Comment