A story of my life

Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ni hari Selasa, tanggal 9 Julai 2013, maka dalam kalendar Hijrah ialah 1 Ramadhan 1434H bagi kawasan Duisburg, Germany. Bermakna bermula lah Diari Ramadhan Izzat (Diari Ramadhan Rafique?). Ya aku tahu, sehari awal dari Malaysia bukan?Maknanya aku jugak akan beraya sehari awal ke?kikiki
Actually aku pun tak berapa pasti cara penentuan awal Ramadhan dekat sini macam mana, sebab dengarnya ada bandar-bandar lain di Germany yang mula berpuasa esok seperti di Malaysia.

Apa yang menariknya, tahun ni aku berpuasa di perantauan. Jauh dari keluarga, dari kampung halaman, dari rakan-rakan bahkan juga bukan di dalam negara Islam yang bermakna takde la merasa suasana puasa tu sangat. Dan dan dan........takde la peluang nak ke bazaar ramadhan :(

Berada di tempat orang memang banyak dugaannya. Lagi-lagi berpuasa di waktu summer, yang mana siangnya panjang manakala malamnya pulak singkat.

Ni mungkin agak berbeza sikit dengan jadual dari website lain
 
Almost 19 hours kan. Nasib baiklah maghrib dah makin awal dan subuh juga dah makin lewat.
Maka malam tadi bermula lah tarawikh.

Okay lah, di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, selamat berpuasa, selamat menunaikan ibadah solat tarawih, selamat bersahur dan juga selamat berbuka kepada seluruh umat Islam khususnya di sini yang bermula pada hari ni dan juga di Malaysia yang akan menyambutnya pada esok hari.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna.

Thanks for reading.

p/s: Masih panjang lagi masa untuk berbuka tapi perut dah start berbunyi macam mana?