A story of my life
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, 14 July 2015

Iftar di Shabu-shabu

Assalamualaikum


Salam Ramadhan.Dah nak dekat-dekat raya ni baru aku berkesempatan untuk menulis blog berentrikan ramadhan sebab sibuk sangat jual ayam di bazaar. Haha takdelah gurau je. Maafkan habang!

Ok, seperti kebiasaannya, tetiap kali bulan puasa, korang yang dekat luar sana mesti tercari-cari tempat untuk berbuka puasa yang best-best kan? Well, ni abang ade suggestion untuk korang. Kalau kau ni jenis yang suka makan steamboat, korang boleh pergi try bukak puasa dekat Restoran Shabu-Shabu. Kenapa nama dia Shabu-shabu? Sebabnya rasa dia dua kali lagi best dari shabu kot. Sebab tu lah shabu to the power of 2 (shabu square) bersamaan dengan shabu-shabu. Hahaha. Well, kedai ni sebenarnya ada dua branches. Satu di Ipoh dan satu lagi di Manjung. Nak diceritakan, yang abang pergi baru-baru ni bertempat di Ipoh.

Restoran Shabu-Shabu Ipoh

Aku dan 4 orang kawan-kawan yang lain datang jauh nun dari Diamond Bay ( read as Teluk Intan) semata-mata nak ke sini, bukan untuk #vapemeet, tapi berjumpa 2 orang kawan-kawan yang stay di Ipoh dan if-thor bersama.



Kalau kau orang ni jenis yang malas masak pulak, jgn risau sebab sempena bulan puasa ni, pihak restoran ada sediakan jugak buffet ramadhan. Sebab tu harga dia sedikit mahal berbanding bulan-bulan yang lain. Harga untuk satu kepala dewasa RM 37, unless kau ada dua kepala, kau bayar la RM 74. Haha. So harga ni termasuk la steamboat+buffet. Kalau kau orang nak bawak parents dan anak-anak pun boleh, sebab ada harga untuk warga emas dan kanak-kanak, which are RM 30 and Rm19, respectively. So berbaloi ke idok? You dont know yet until you go and try by urself. Lols.


Ruang dalaman yang agak menenangkan

Tahu lah kau ni jenis yang eksaited nak makan, tapi kalau boleh kau jangan main serbu je restoran ni tanpa buat reservation, mana la tau kot-kot bulan puasa ni full house pulak, terpaksa lah kau tapau nasi ganja dan makan di tepi jalan. Haha. Abang dah buat tempahan sehari awal pun tu pun nasib baik je dapat tempat dekat dalam, tapi di tingkat atas, jadi abang terpaksa jadi runner sekejap sebab makanan kena ambil dekat bawah. Dekat luar pun ada tempat duduk bertemakan open air, tapi sebab kau ni berdarah mamalia, agak kurang selesa sikit la sebab nanti peluh-peluh kau akan bercampur dengan kuah stteamboat, menjadikan makanan kau dan rakan-rakan sedikit masin. Haha.

Masa kitorang sampai tu jam dah menunjukkan 7 petang, maknanya ada lagi setengah jam untuk berbuka, dan sempat la untuk masak-masak. Aku tak ingat berapa kali aku ulang-alik naik turun tangga sebab amik makanan, dan tempat ni agak crowded jugak la. So itu pentingnya kau buat tempahan awal-awal. Kalau boleh, setahun awal pun lagi bagus. Haha


Food section : Raw seafood

Food section : Vegi

Food section : Main dish
Food section : Buffet

Steamboting sementara menunggu azan maghrib

Wei, bila dah azan, haruslah kau berbuka awal-awal. Ditambah pulak dengan aneka juadah yang dah tersedia, tapi kau jangan lupa untuk solat maghrib pulak sebab waktu maghrib ni kan singkat. So, jangan risau sebab surau ada disediakan. Tapi memandangkan surau agak sempit, aku cadangkan kau solat awal-awal dulu sebelum semua orang serbu surau ni. Jadi, bila dah azan, kau berbuka jelah dengan kurma dan tinggalkan lah makanan yang lain atas meja untuk dikebas oleh waiter. Lol :P

Kalau perut kau jenis stok tangki lori minyak, kau boleh order makanan dekat luar weh. Antara yang ada seperti ikan bakar, char kuey tiaw, sate, mushroom lamb, etc. Jangan risau, semua ni dah included dalam bayaran, so kau order je banyak-banyak. Soalnya sampai tak sampai je dekat meja kau nanti. Haha. Macam kitorang order sate tak sampai-sampai. Tapi serius lamb dia tu sedap, ala-ala masak kicap gituww.




Well, memang lah kalau makan buffet or steamboat ni semua orang boleh makan sampai kenyang wai'ma kau nak tunggu sampai kedai tutup pun boleh. Haha. Tapi tolong lah peka dengan putaran waktu woi. Contohnya kalau kau tengok semua orang yang masuk sama waktu dengan kau, tapi at the end, satu-satu meja dah bla, dan kau masih ambil beberapa pinggan daging dan seafood untuk dimasak, sangat lah tidak proper. Haha lagi-lagi pulak bila kau tengok waiter-waiter tu dah mula kemas-kemas meja dan angkat tray-tray makanan, kau boleh lagi borak-borak dan bermigrasi dekat dalam kedai tu. Kot ye pun kau nak gunakan sepenuhnya value duit yang kau bayar tu, tak perlu okay sampai ada niat nak bankrupkan owner kedai tu untuk hari tu. Hahaha. Yang ni abang rasa mentaliti semua orang bila pergi makan dekat tempat-tempat macam ni, last-last baru sejam makan kau dah give up dan cari toilet. Lols.






Overall, abang kasi 8 bintang out of 10. Rasa ok, makanan ok, suasana ok, cumanya abang agak kurang puas hati dengan servis yang disediakan dan jugak layanan dari staff restoran. Mungkin sebab ramai sangat orang kot. Dua kali order sate pun tak sampai-sampai. Haha.

That's all from me. Aku nak ucapkan terima kasih dekat kawan-kawan yang sudi join majlis berbuka puasa  dan small gathering ni, moga-moga kita sentiasa rapat dan friends till jannah. Hahaha. Ukhwah fillah abdan abada. Wait till our next gathering masa raya :D

p/s : A big thanks to Akmal sebab sudi belanja kitorang berbuka puasa. Tqvm


Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ni hari Selasa, tanggal 9 Julai 2013, maka dalam kalendar Hijrah ialah 1 Ramadhan 1434H bagi kawasan Duisburg, Germany. Bermakna bermula lah Diari Ramadhan Izzat (Diari Ramadhan Rafique?). Ya aku tahu, sehari awal dari Malaysia bukan?Maknanya aku jugak akan beraya sehari awal ke?kikiki
Actually aku pun tak berapa pasti cara penentuan awal Ramadhan dekat sini macam mana, sebab dengarnya ada bandar-bandar lain di Germany yang mula berpuasa esok seperti di Malaysia.

Apa yang menariknya, tahun ni aku berpuasa di perantauan. Jauh dari keluarga, dari kampung halaman, dari rakan-rakan bahkan juga bukan di dalam negara Islam yang bermakna takde la merasa suasana puasa tu sangat. Dan dan dan........takde la peluang nak ke bazaar ramadhan :(

Berada di tempat orang memang banyak dugaannya. Lagi-lagi berpuasa di waktu summer, yang mana siangnya panjang manakala malamnya pulak singkat.

Ni mungkin agak berbeza sikit dengan jadual dari website lain
 
Almost 19 hours kan. Nasib baiklah maghrib dah makin awal dan subuh juga dah makin lewat.
Maka malam tadi bermula lah tarawikh.

Okay lah, di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, selamat berpuasa, selamat menunaikan ibadah solat tarawih, selamat bersahur dan juga selamat berbuka kepada seluruh umat Islam khususnya di sini yang bermula pada hari ni dan juga di Malaysia yang akan menyambutnya pada esok hari.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna.

Thanks for reading.

p/s: Masih panjang lagi masa untuk berbuka tapi perut dah start berbunyi macam mana?