Salam Ramadhan.Dah nak dekat-dekat raya ni baru aku berkesempatan untuk menulis blog berentrikan ramadhan sebab sibuk sangat jual ayam di bazaar. Haha takdelah gurau je. Maafkan habang!
Ok, seperti kebiasaannya, tetiap kali bulan puasa, korang yang dekat luar sana mesti tercari-cari tempat untuk berbuka puasa yang best-best kan? Well, ni abang ade suggestion untuk korang. Kalau kau ni jenis yang suka makan steamboat, korang boleh pergi try bukak puasa dekat Restoran Shabu-Shabu. Kenapa nama dia Shabu-shabu? Sebabnya rasa dia dua kali lagi best dari shabu kot. Sebab tu lah shabu to the power of 2 (shabu square) bersamaan dengan shabu-shabu. Hahaha. Well, kedai ni sebenarnya ada dua branches. Satu di Ipoh dan satu lagi di Manjung. Nak diceritakan, yang abang pergi baru-baru ni bertempat di Ipoh.
|
Restoran Shabu-Shabu Ipoh |
Aku dan 4 orang kawan-kawan yang lain datang jauh nun dari Diamond Bay (
read as Teluk Intan) semata-mata nak ke sini, bukan untuk #vapemeet,
tapi berjumpa 2 orang kawan-kawan yang stay di Ipoh dan if-thor bersama.
Kalau kau orang ni jenis yang malas masak pulak, jgn risau sebab sempena bulan puasa ni, pihak restoran ada sediakan jugak buffet ramadhan. Sebab tu harga dia sedikit mahal berbanding bulan-bulan yang lain. Harga untuk satu kepala dewasa RM 37, unless kau ada dua kepala, kau bayar la RM 74. Haha. So harga ni termasuk la steamboat+buffet. Kalau kau orang nak bawak parents dan anak-anak pun boleh, sebab ada harga untuk warga emas dan kanak-kanak, which are RM 30 and Rm19, respectively. So berbaloi ke idok? You dont know yet until you go and try by urself. Lols.
|
Ruang dalaman yang agak menenangkan |
Tahu lah kau ni jenis yang eksaited nak makan, tapi kalau boleh kau jangan main serbu je restoran ni tanpa buat reservation, mana la tau kot-kot bulan puasa ni full house pulak, terpaksa lah kau tapau nasi ganja dan makan di tepi jalan. Haha. Abang dah buat tempahan sehari awal pun tu pun nasib baik je dapat tempat dekat dalam, tapi di tingkat atas, jadi abang terpaksa jadi runner sekejap sebab makanan kena ambil dekat bawah. Dekat luar pun ada tempat duduk bertemakan open air, tapi sebab kau ni berdarah mamalia, agak kurang selesa sikit la sebab nanti peluh-peluh kau akan bercampur dengan kuah stteamboat, menjadikan makanan kau dan rakan-rakan sedikit masin. Haha.
Masa kitorang sampai tu jam dah menunjukkan 7 petang, maknanya ada lagi setengah jam untuk berbuka, dan sempat la untuk masak-masak. Aku tak ingat berapa kali aku ulang-alik naik turun tangga sebab amik makanan, dan tempat ni agak crowded jugak la. So itu pentingnya kau buat tempahan awal-awal. Kalau boleh, setahun awal pun lagi bagus. Haha
|
Food section : Raw seafood |
|
Food section : Vegi |
|
Food section : Main dish |
|
Food section : Buffet |
|
Steamboting sementara menunggu azan maghrib |
Wei, bila dah azan, haruslah kau berbuka awal-awal. Ditambah pulak dengan aneka juadah yang dah tersedia, tapi kau jangan lupa untuk solat maghrib pulak sebab waktu maghrib ni kan singkat. So, jangan risau sebab surau ada disediakan. Tapi memandangkan surau agak sempit, aku cadangkan kau solat awal-awal dulu sebelum semua orang serbu surau ni. Jadi, bila dah azan, kau berbuka jelah dengan kurma dan tinggalkan lah makanan yang lain atas meja untuk dikebas oleh waiter. Lol :P
Kalau perut kau jenis stok tangki lori minyak, kau boleh order makanan dekat luar weh. Antara yang ada seperti ikan bakar, char kuey tiaw, sate, mushroom lamb, etc. Jangan risau, semua ni dah included dalam bayaran, so kau order je banyak-banyak. Soalnya sampai tak sampai je dekat meja kau nanti. Haha. Macam kitorang order sate tak sampai-sampai. Tapi serius lamb dia tu sedap, ala-ala masak kicap gituww.
Well, memang lah kalau makan buffet or steamboat ni semua orang boleh
makan sampai kenyang wai'ma kau nak tunggu sampai kedai tutup pun boleh.
Haha. Tapi tolong lah peka dengan putaran waktu woi. Contohnya kalau
kau tengok semua orang yang masuk sama waktu dengan kau, tapi at the
end, satu-satu meja dah bla, dan kau masih ambil beberapa pinggan daging
dan seafood untuk dimasak, sangat lah tidak proper. Haha lagi-lagi pulak
bila kau tengok waiter-waiter tu dah mula kemas-kemas meja dan angkat
tray-tray makanan, kau boleh lagi borak-borak dan bermigrasi dekat dalam
kedai tu. Kot ye pun kau nak gunakan sepenuhnya value duit yang kau
bayar tu, tak perlu okay sampai ada niat nak bankrupkan owner kedai tu
untuk hari tu. Hahaha. Yang ni abang rasa mentaliti semua orang bila
pergi makan dekat tempat-tempat macam ni, last-last baru sejam makan kau
dah give up dan cari toilet. Lols.
Overall, abang kasi 8 bintang out of 10. Rasa ok, makanan ok, suasana ok, cumanya abang agak kurang puas hati dengan servis yang disediakan dan jugak layanan dari staff restoran. Mungkin sebab ramai sangat orang kot. Dua kali order sate pun tak sampai-sampai. Haha.
That's all from me. Aku nak ucapkan terima kasih dekat kawan-kawan yang sudi join majlis berbuka puasa dan small gathering ni, moga-moga kita sentiasa rapat dan friends till jannah. Hahaha. Ukhwah fillah abdan abada. Wait till our next gathering masa raya :D
p/s : A big thanks to Akmal sebab sudi belanja kitorang berbuka puasa. Tqvm
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)