A story of my life

Sunday 31 March 2013

Meeting With Pengarah YTN

Assalamualaikum.

Kali ni aku tak nak lagi bercerita mengenai Deutschkurs. Dah habis dah pun, dan aku pun tak tahu sama ada aku lulus or tak. Ada possibility untuk gagal ke? Takut la pulak bila difikirkan.
 By the way, kali ni aku nak memperkenal seorang pengarah terhebat, Encik Azman Zakaria. Beliau merupakan seorang Pengarah Yayasan Tenaga Nasional(YTN), our sponsorship.

Pada hari Isnin yang lepas, kami berlima telah dipanggil ke Pejabat YTN bertempat di Uniten. Meeting tu lebih kurang 2 jam. Dari pukul 10.30-12.30. Tak tahu apa yang lama sangat kitorang buat dalam bilik mesyuarat tu. Kami duduk semeja bersama En. Azman serta pegawai-pegawai yang lain. Sedikit taklimat dan nasihat telah diberi kepada kami. Ada jugak seorang senior yang telah tamat pengajian di UDE dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama kami. And at the end of the meeting, kitorang berpeluang bergambar bersama. Dan aku dengan selambanya tak bawak blazer. Mana la aku nak tahu kena smart sangat sampai macam tu. Biasanya biasa-biasa sahaja. Haha akibatnya gambar menjadi cacat. Tak apa lah, kan rare tu


Bergambar bersama Tuan Pengarah



Tengok gambar tu, kan macam pelik je. Ok En. Azman yang duduk di tengah tu, kalau tengok gambar pun boleh tahu personaliti beliau. He's a very nice person. Dia sangat la concern dengan pelajar-pelajar di bawah jagaannya.

Okay lah itu saja untuk kali ini. Oh ya, kepada adik-adik di luar sana yang baru dapat result SPM, boleh la meng-apply permohonan YTN. But if I'm not mistaken, untuk biasiswa dah tutup dah. Tinggal untuk pinjaman boleh ubah sahaja. Apa-apa pun cuba je lah apply. Nanti abang Izzat (abang?okay boleh muntah atas keyboard) boleh tolong kautim dengan En. Azman. Haha just joking. Kalau dapat anda sangat lah beruntung. Ditatang bagai minyak yang penuh. Nah kalau nak apply boleh tengok di sini : link 1

Thanks for reading.

2 comments: