A story of my life

Sunday, 9 June 2013

Kisah 4 orang Power Rangers menentang Raksasa

Assalamualaikum

Ceritanya bermula begini.
Tersebut la kisah ada 4 orang "Power Rangers" dan seekor raksasa.

Posing dulu sebelum berlawan haha
Raksasa tersebut telah mengeluarkan kuasanya menumbuk bumi lalu terpelanting kesemua 4 orang Power Rangers tadi. Power Rangers Belang itu telah pengsan seketika.


Dia juga telah menelan 2 orang Power Rangers Putih dan Power Rangers Pink.


Lalu dia mengeluarkan kuasa kamehameha kepada Power Ranger Purple. Power Ranger Belang masih lagi pengsan barangkali.


Kini hanya tinggal mereka berdua. Perlawanan one on one antara Power Rangers Belang dan raksasa dijangka sengit. Namun, dengan hanya menggunakan kuasa laser telah berjaya membunuh raksasa itu tadi.


Hahaha okay enough. Ni semua kisah dongeng semata-mata. Bajet nak jadi hero. Cehh!
Haha inilah akibatnya bila takde kerja. Saja suka-suka

Okay entry kali ni bukanlah mengenai cerita Power Rangers or what, tapi mengenai destinasi terakhir percutian aku tempoh hari. Ececey. Ni adalah sambungan dua entries berantai sebelum ni. link 1 link 2

Baiklah, destinasi aku seterusnya ialah sebuah bandar di Germany, iaitu Hamburg. Terletak di utara Germany, jadi dah tentu ada pelabuhan sebab berhampiran dengan laut. Kitorang tiba di Hamburg pada hari Jumaat malam sabtu. Apa yang menariknya, malam tu semua hotel penuh dan kami takde tempat penginapan, so terpaksa stay up di lobi hotel menunggu malam berganti siang. Kitorang hanya dibenarkan check in pada jam 3 petang keesokan harinya. Banyak kali jugak la terlelap sebenarnya, lepas tu kena tegur dengan security je. Kikiki

Bila dah siang, kitorang terus mulakan perjalanan seawal jam 5.30 pagi. Jangan terkejut, pukul 5.30 tu dah terang macam pukul 7.30 pagi di Malaysia.  Setelah puas beraksi seperti di dalam gambar-gambar di atas, kitorang pun bercadang untuk menghirup fresh air dan menikmati pemandangan di tepi tasik sambil merehatkan diri setelah semalaman tidak tidur.

Nampak tak muka kepenatan?
I need water
Optical illusion haha



Lepas puas berehat, kitorang teruskan perjalanan ke "pelabuhan". Sebenarnya mencari Hard Rock Cafe dan tempat makan.


Lepas tu, bergegas balik ke hotel untuk mendapatkan katil dan tilam yang empuk. Masing-masing terbongkang. Dah lewat petang baru lah kitorang keluar semula untuk menikmati pemandangan di waktu malam.

Oh ya, masa pagi tu berjalan-jalan terjumpa sebuah masjid di Hamburg. Subhanallah.


So, that's all I wanna share about my journey this time. Lepas ni Insyaallah ada lagi tempat-tempat menarik untuk aku kongsikan. Till the next post.

Thanks for reading.

1 comment: