Haha
Ini adalah sambungan entry yang lepas. Boleh rujuk di sini. link 1
So pada keesokan harinya, kitorang meneruskan perjalanan dari Prague ke Berlin. Perjalanan kami dengan bas mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Berlin ni merupakan capital of Germany, bandar yang besar dan moden. Lebih kurang macam KL la jugak. Tapi disebabkan kitorang tak bercadang untuk bermalam di Berlin, so segala perjalanan kami dibatasi dengan masa. Tak banyak pun tempat yang sempat dilawati, sebabnya kebanyakan tempat-tempat menarik berada jauh antara satu sama lain. Lagi pun malam tu dah nak kena teruskan perjalanan.
Welcome to Berlin |
Gambar di atas sebenarnya waktu nak tinggalkan Berlin, bukan masa datang. So Auf wiedersehen.
Haha oh ya, Central Station Berlin ni pun merupakan salah satu tempat yang harus dilawati, sebab sangat la besar, cantik dan bersih. Design dia pun quite modern.
Okay so lokasi pertama yang dicari ialah kedai makan. Haha nasib baik la dekat situ ada kedai makan Indonesia, sekali dengan surau. Agak lama jugak la lepak di situ disebabkan cuaca pada masa tu hujan lebat.
Seperti biasa, semua tempat yang kitorang pergi tak sah kalau tak singgah Hard Rock Cafe. Since I'm studying here, so why don't I grab "one" of the tees right? So here was the place that I bought my first HRC T-shirt.
Petang tu pulak baru la berjalan ke tempat yang wajib pergi kalau ke Berlin, iaitu Brandenburg Gate and Berlin Wall.
Brandenburg gate |
Yang ini pulak tak tahu bangunan apa
Macam ikut urutan ketinggian je ni :P |
And here are the Berlin Wall
Dinding bukan sebarang dinding. Banyak sejarahnya dinding ni. Dinding ni la yang memisahkan Jerman ke beberapa bahagian masa dulu-dulu. Kalau nak cerita dekat sini memang tak habis, so siapa-siapa nak tahu sila google ye. Tapi apa yang korang boleh nampak, dinding tu sekarang ni tinggal banyak ni je, dah dirobohkan.
Itu saja untuk kali ni. Nak tahu destinasi seterusnya? Stay tuned with me for the next and last destination :P
Till the next post. Bye
Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment