A story of my life
Showing posts with label Germany. Show all posts
Showing posts with label Germany. Show all posts

Saturday, 8 June 2013

Berlin : Capital of Germany

Assalamualaikum readers

Haha
Ini adalah sambungan entry yang lepas. Boleh rujuk di sini. link 1

So pada keesokan harinya, kitorang meneruskan perjalanan dari Prague ke Berlin. Perjalanan kami dengan bas mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Berlin ni merupakan capital of Germany, bandar yang besar dan moden. Lebih kurang macam KL la jugak. Tapi disebabkan kitorang tak bercadang untuk bermalam di Berlin, so segala perjalanan kami dibatasi dengan masa. Tak banyak pun tempat yang sempat dilawati, sebabnya kebanyakan tempat-tempat menarik berada jauh antara satu sama lain. Lagi pun malam tu dah nak kena teruskan perjalanan.

Welcome to Berlin

Gambar di atas sebenarnya waktu nak tinggalkan Berlin, bukan masa datang. So Auf wiedersehen.
Haha oh ya, Central Station Berlin ni pun merupakan salah satu tempat yang harus dilawati, sebab sangat la besar, cantik dan bersih. Design dia pun quite modern.

Okay so lokasi pertama yang dicari ialah kedai makan. Haha nasib baik la dekat situ ada kedai makan Indonesia, sekali dengan surau. Agak lama jugak la lepak di situ disebabkan cuaca pada masa tu hujan lebat.

Seperti biasa, semua tempat yang kitorang pergi tak sah kalau tak singgah Hard Rock Cafe. Since I'm studying here, so why don't I grab "one" of the tees right? So here was the place that I bought my first HRC T-shirt.

Petang tu pulak baru la berjalan ke tempat yang wajib pergi kalau ke Berlin, iaitu Brandenburg Gate and Berlin Wall.

Brandenburg gate




Yang ini pulak tak tahu bangunan apa




Macam ikut urutan ketinggian je ni :P

And here are the Berlin Wall


Dinding bukan sebarang dinding. Banyak sejarahnya dinding ni. Dinding ni la yang memisahkan Jerman ke beberapa bahagian masa dulu-dulu. Kalau nak cerita dekat sini memang tak habis, so siapa-siapa nak tahu sila google ye. Tapi apa yang korang boleh nampak, dinding tu sekarang ni tinggal banyak ni je, dah dirobohkan.

Itu saja untuk kali ni. Nak tahu destinasi seterusnya? Stay tuned with me for the next and last destination :P
Till the next post. Bye

Thanks for reading. 

Friday, 26 April 2013

Welcoming Spring

Assalamualaikum

Hey guys, it's officially Spring time! Can say goodbye to Winter. ( Padahal dah nak dekat seminggu dah Spring. Nampak tak ke-busy-an di situ?)

Good news, cuaca pun dah semakin tidak sejuk. And now we can enjoy the sunlight yang memancar bersama angin yang sepoi-sepoi bahasa. Eh angin dia sebenarnya kuat macam ribut, aku ni pun boleh terpelanting ditiupnya, apatah lagi uolls yang kering ni haha. After this don't need to wear a jacket and baju sejuk tebal-tebal anymore and no need to switch on the heater. Yahoooooo! Deutscher pun dah mula berani makan aiskrim. Ini kalilah! ( Tiba-tiba)
 

 

Budak-budak pun dah ramai yang keluar untuk bermain. Kalau tak sebelum ni terperap dalam rumah je


Stylo kan diorang punya playground?

  Lepas tu terserempak dengan budak ni. Nama dia.....errrrr.. couldn't remember. Iman kottt

Comel kan? :-)

That's all. Toodles.

Thanks for reading.

p/s: Disebabkan kedua-dua team Germany dijangka bakal ke final Champions League, aku up sikit jersey baru beli haha

Sunday, 21 April 2013

3 Countries Border

Assalamualaikum

Semalam aku pergi ke suatu tempat yang agak menarik di Aachen, yang bernama 3 Countries Border, ataupun dalam bahasa tempatannya dipanggil Dreiländerweg. So apa benda Dreiländerweg ni?

Jadi, secara ringkasnya aku boleh cakap yang tempat ni merupakan pertemuan bagi 3 sempadan negara iaitu Germany, Netherland and Belgium. Dari sini, korang dapat tengok ketiga-tiga negara tersebut. So basically siapa yang pergi sini boleh dianggap dah jejak ke ketiga-tiga buah negara tu. Boleh ke? Haha :P

Our journey penuh dengan pelbagai cabaran. Dengan masalah basnya lagi, dengan tak tahu jalannya, so kitorang main redah je. Masa nak mendaki tu, perghh seram gila jalan dia. Sebab jalan tu lalu ladang dengan hutan. Dah la tak nampak manusia.Tapi dengan bantuan Mr. Google Map, kitorang terus gigih melangkah.



Memang banyak pit stop untuk ambil gambar dekat sini. Haha

Vampire Diaries haha

It's an earthquake

After about an hour of walking, we were relieved to see this.........


Yeah, finally we had arrived at our destination. Yeay!

Ketiga-tiga negara berjaya aku takhluki :D

As what you can see, di sinilah sempadan ketiga-tiga buah negara tu. So basically, I've been to Deutschland, Holland and Belgium and it was super fun!! Jadi lepas ni tak payah nak ke Belgium dah. Hahaha

Naik atas terus cari makanan sebab masing-masing dah lapar dengan penat. Paling tak tahan dengan cuacanya yang sejuk. Aku tertipu dengan cahaya matahari. Ku sangkakan panas di luar sana, keluar rumah je terus menggigil. Lepas makan kitorang naik tower yang tak berapa nak tinggi tu and bergambar. Haha.



Siapa suruh tak pakai baju sejuk, berpeluk tubuh jela sepanjang hari

And you can see the 3 countries from here.

It's just based on my assumption LOLZ

And on our way back, kitorang baru jumpa jalan yang sebenar, yang aku rasa separuh perjalanan pendek dari jalan kitorang datang. Haha kena game dengan En. Google. Tapi takpelah, at least dapat shoot dengan background ala-ala Autumn dekat dalam hutan tu.


At least ada jalan tar
And now I'm pretty sure that this is the right way haha


There are a lot more to story but lets stop here. Nanti aku cerita pasal bandar Aachen dalam entry yang lain pulak eh. Auf Wiedersehen.

Thanks for reading.

p/s : Sorry kalau terbanyak sangat gambar. Aber ich mag fotografieren :-D



Sunday, 14 April 2013

Flowmarkt

Assalamualaikum

Wie geht's euch? Lately aku rasa aku kerap sangat berjalan. Well, biasa la budak baru kan, mesti la macam excited nak ke semua tempat. Sekarang aku ni boleh diibaratkan rusa masuk ke kampung. Eh kenapa kampung, bukan bandar? Nak tahu kenapa? Okay bukan itu yang aku nak bincangkan.

Sekarang kita terus mulakan cerita. Semalam aku pergi ke suatu tempat. Lokasi kita pada kali ini adalah Flowmarkt, yang bertempat di Essen, Germany. (dah macam rancangan cuti-cuti Malaysia pulak). So apa itu Flowmarkt? Mula-mula dengar aku pun pelik, dan tak dapat nak bayangkan macam mana rupa Flowmarkt tu. Yang aku tahu, orang kata dekat situ ada jual barang-barang murah, and also second-hand items. So bila dah pergi tu begini lah keadaannya.............


   




So basically it's just like Pasar Minggu kalau dekat Malaysia. Ada jual macam-macam barang, ada yang murah dan ada yang mahal, tapi lebih banyak yang murah la of course. Ada jugak jual sayur-sayuran, buah-buahan, snacks and chocolate. Apa yang menarik minat aku ialah barang seperti cd PS3, yang bermula dengan 10 Euro, kasut Adidas 35 Euro, dan beberapa jenis barang yang lain. So, I think kalau nak balik Malaysia nanti, beli souvenirs dekat sini pun okay jugak haha. Jadi siapa-siapa yang ada nak order apa-apa silakan lah :-P

Tapi nak ke sini agak jauh dari tempat tinggal aku di Duisburg. Tapi dengan adanya public transport yang effisien dan percuma, segalanya menjadi mudah.

waiting for the train


Selepas puas berjalan, kitorang pergi berehat di Imperfekthause (rumah yang tak sempurna?) bersama beberapa orang buddies. Satu jam 4 Euro, minum la apa-apa yang ada sampai puas, tapi of course yang halal jelah.



Persidangan meja segi empat :P


That's all. Maybe lepas ni aku akan jarang update, sebab dah nak start study. Mungkin lah. Haha
Ohh ya, aku baru masak Nasi Lemak sebentar tadi.

Nasi Lemak Ayam

Hope you do enjoy reading this blog. Tschuss

Thanks for reading.