A story of my life

Sunday, 14 April 2013

Flowmarkt

Assalamualaikum

Wie geht's euch? Lately aku rasa aku kerap sangat berjalan. Well, biasa la budak baru kan, mesti la macam excited nak ke semua tempat. Sekarang aku ni boleh diibaratkan rusa masuk ke kampung. Eh kenapa kampung, bukan bandar? Nak tahu kenapa? Okay bukan itu yang aku nak bincangkan.

Sekarang kita terus mulakan cerita. Semalam aku pergi ke suatu tempat. Lokasi kita pada kali ini adalah Flowmarkt, yang bertempat di Essen, Germany. (dah macam rancangan cuti-cuti Malaysia pulak). So apa itu Flowmarkt? Mula-mula dengar aku pun pelik, dan tak dapat nak bayangkan macam mana rupa Flowmarkt tu. Yang aku tahu, orang kata dekat situ ada jual barang-barang murah, and also second-hand items. So bila dah pergi tu begini lah keadaannya.............


   




So basically it's just like Pasar Minggu kalau dekat Malaysia. Ada jual macam-macam barang, ada yang murah dan ada yang mahal, tapi lebih banyak yang murah la of course. Ada jugak jual sayur-sayuran, buah-buahan, snacks and chocolate. Apa yang menarik minat aku ialah barang seperti cd PS3, yang bermula dengan 10 Euro, kasut Adidas 35 Euro, dan beberapa jenis barang yang lain. So, I think kalau nak balik Malaysia nanti, beli souvenirs dekat sini pun okay jugak haha. Jadi siapa-siapa yang ada nak order apa-apa silakan lah :-P

Tapi nak ke sini agak jauh dari tempat tinggal aku di Duisburg. Tapi dengan adanya public transport yang effisien dan percuma, segalanya menjadi mudah.

waiting for the train


Selepas puas berjalan, kitorang pergi berehat di Imperfekthause (rumah yang tak sempurna?) bersama beberapa orang buddies. Satu jam 4 Euro, minum la apa-apa yang ada sampai puas, tapi of course yang halal jelah.



Persidangan meja segi empat :P


That's all. Maybe lepas ni aku akan jarang update, sebab dah nak start study. Mungkin lah. Haha
Ohh ya, aku baru masak Nasi Lemak sebentar tadi.

Nasi Lemak Ayam

Hope you do enjoy reading this blog. Tschuss

Thanks for reading.




5 comments:

  1. Replies
    1. Sambal hotdog. sambal ikan bilis pun ada, tapi ikan bilisnya takda. haha

      Delete
    2. Baguslah awak duk sana. Nnt balik sini, kalau dtg rumah pun I siapkan bahan je you masuk dapur you masak sambil I main ps k. Lulz.

      Delete
  2. salam kenal dr ost straße, duisburg..hehe..btw husben akak yang belajar.. u all yang datang 6 bulan tu ek? mmmm nanti free2 pegi la trödelmarkt di dortmund, besar dan bes :)

    ReplyDelete
  3. Salam bro
    Pergi jerman belajar engin under biasiswa ape
    Boleh cerita tak cane bro boleh pergi

    ReplyDelete