A story of my life

Thursday 11 April 2013

Masak di perantauan?

Assalamualaikum.

Apa khabar orang Malaysia? Dengar cerita Parlimen dah bubar? So, apa tunggu lagi, jalankan lah tanggungjawab anda. Mana yang boleh mengundi tu pergi la mengundi eh. Jangan la nak malas-malas. Tolong concern sikit dengan masa depan negara dan generasi yang akan datang. Ini kalilah!

Okay, jadi khabar aku di sini baik-baik sahaja. Aku nak cerita ni, semalam kitorang telah berjaya masak masakan pertama kitorang, iaitu kari ayam! Mesti ada yang akan cakap "hek'eleh, kari ayam je pun, tu pun nak kecoh ke?" Hey der, sebagai lelaki, kalau boleh masak tu dah kira bagus la. Bukan tu je, cabarannya ialah dekat sini susah nak mendapat bahan-bahan untuk masak.

Pertama, kitorang kena cari ayam yang Halal. Jadi, setelah penat berjalan di Kauftland (macam tesco di Malaysia), kitorang ada jumpa satu paket ayam halal yang bernama Wiesenhof. Ada logo halal dekat paket tu ya. Tapi ayam tu pulak bukannya dah siap potong. Kitorang terpaksa la potong sendiri. Lepas tu cari bahan-bahan yang lain seperti serbuk kari, bawang besar, bawang putih, etc.
Masakan kitorang ni simple je, tak perlu bahan-bahan seperti bunga cengkih dan bunga lawang.

Dan ini adalah hasilnya.


schmeckt gut

After this we're planning to cook every day as it can help us to cut the cost a lot. So just wait for my next recipe entry. Nak harap makan ni tiap-tiap hari can't afford la.


6.90 Euro

Thanks for reading.

4 comments:

  1. Make sure you cook me that after this naaa.

    ReplyDelete
  2. hey, i think guys who cook is sexy! fyi, i love to watch 'hot guys who cook' ... ;)

    ReplyDelete