A story of my life

Saturday, 19 October 2013

Aidiladha 2013

Assalamualaikum.

I know it's a little bit kinda too late to write an entry about eidul adha, BUT since I didn't get to celebrate eid ul fitri with the families and friends on that last raya , I just feel that I rather than need, I HAVE TO and I MUST write an entry about it. A short one will do. Bukan nak panjang sangat pun, buat cukup syarat kata orang. LOL!

Enough with the draggy introduction, let's just cut to the chase. So eid ul adha happened to fall on October 15 (10 Zulhijjah) and it was Tuesday. My routine for eid was just like the usual -

In the morning - went to the mosque with family to perform the solat sunat hari raya haji. And the baju melayu that I should have worn for last raya puasa akhirnya dapat dirasmikan dengan jayanya pada hari raya haji lepas.

Aside from the one day break, the qurban itself - what I love about eid ul adha is of course THE FOOD. Mom and grandma cooked rendang ayam, lemang, nasi lemak, nasi briyani, lontong and what not. With not so little food just to celebrate my "comeback"? Hahaha. I wish I could list them all, but then, this entry will be about five hundred words long and most of it is about food. Bet you don't wanna read that. Or would ya? Kikikiki.

Lepas selesai solat, apa lagi makan time!

Lepas makan? Apa lagi? Korban time!

Let the pictures speak for themselves, okay? Here go -







And after the whole menyembelih, melapah dan mengagihkan daging korban punya proses selesai, it's about noon I reckon, and so I headed to a friend's house. There, I dapat la gather with friends, my ex classmates in school.


I think that pretty sums up my raya. Hope yours were great too! Ah, just so you know I have completed my exchange program in Germany. It was fun there but yelah, bak kata pepatah melayu "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri".

Maybe, ehem yes just maybe, I'll publish an entry about my kepulangan ke tanah air. Don't get your hopes too high though, acah retissss sangat. Haha xP

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Till then. Ma'assalama

Thanks for reading this.

credit : What's the harm?

Wednesday, 4 September 2013

Post Exam Vacation : LONDON

Assalamualaikum

Hi peeps!
It's been a while since I posted my last entry here. Been quite busy with my final exam and stuffs. But not for long... me and my other travelling peeps have had this plan of travelling to places in europe since..... I can't even remember since when. Haha.
And by that, I can tell that we have had this plan in head for quite a time. So here goes....

Last week, me and my friends traveled to 3 different countries (or is it 4?) continuosly for 11 days, more or less. The journey begins with London as our first destination :)
5 hari di London, cukup rasanya bagi kami untuk menjelajah dan meneroka seluruh tempat-tempat menarik yang ada dekat situ. Setibanya di London Standstet Airport, kami mengambil bas untuk ke Kota London. Underground di London jugak agak efficient. But don't forget to buy an Oyster Card (function like Touch n Go) as it will make your life easier. Oh ya,we lived in Bayswater, it's quite near to the Malaysian Hall.

20.08.2013

Seawal jam 9 pagi, kitorang terus pergi ke Buckingham Palace untuk menyaksikan upacara Changing Guard yang hanya akan bermula pada jam 11,30 pagi. So, kenapa kena datang awal? Ha sebab yang mudah, supaya dapat cop tempat dekat depan sebab nanti tempat ni nescaya akan dipenuhi dengan orang ramai.


Salah satu sebab yang lain, korang boleh bergambar sesuka hati korang dekat Buckingham Palace ni sebab tak ramai orang lagi. Hihi

Ni masa tak ramai lagi


Ha! Told ya! Kan ramai umat manusia tu. Nasib baik dapat duduk depan. So dapat la ambil gambar-gambar seperti di bawah ni

Changing The Guard

In the evening, we decided to go to the Natural History Museum. Korang pernah tengok cerita Night At The Museum tak? Ha so ni la muziumnya, cuma yang lokasi penggambaran cerita tu di US. Ni di UK.

Apotosaurus
T-Rex


Yang bestnya, masuk percuma. So, mana-mana parents yang malas nak bawak anak-anak pergi zoo tu, boleh la ke sini. Haha. Tapi, dinasihatkan jangan datang sini waktu malam, sebab semua makhluk-makhluk ni akan hidup pada waktu malam. Gotcha!

Then, jangan lupa singgah di Science Museum sebab bangunannya bersebelahan je dan masuk juga adalah percuma. Not to forget Royal Albert Hall as well since it's only a walking distance from there.

Royal Albert Hall
22.08.2013


Rasanya dah tak perlu terangkan kot gambar apa di atas. London Eye, the tallest ferris wheel in Europe, sememangnya menjadi salah satu tarikan utama apabila berkunjung ke London. Dinasihatkan kalau nak beli tiket ni, beli yang siap pakej dengan tempat tarikan yang lain. Sebabnya of couse lebih murah.

From top, you can enjoy the scenery of the whole city of London




Dan jangan lupa untuk pergi tayangan 4D London Eye sebab harga tiket korang dah include sekali dengan 4D show.

Besides that, Madame Tussauds jugak boleh masukkan dalam list. It's worth it. Walaupun kitorang dah pernah pergi sebelum ni, but it's totallty different. I mean, lebih banyak selebriti-selebriti and also dekat dalam tu akan ada ride, dan jugak 4D show. Hehe. And and and ada Dungeon jugak dekat dalam ni xP



We took around 2 hours to complete our 'tours' inside the Madame Tussauds. Itu pun banyak skip, sebab terlalu sesak dengan orang ramai.

Hogwarts Express
Yeah, now it feels like I'm one of the characters in the sequel of Harry Potter. Platform Nine and Three-Quarters (Platform 9¾) is a platform at King's Cross Station in London. Kepada peminat Harry Potter boleh la berkunjung ke sini. Free je pun untuk bergambar, unless korang nak beli gambar daripada photographer sana.

Oxford Street, sememangnya menjadi tempat kegemaran bagi mereka yang gemar bershopping.



Pada sebelah malam pula, kitorang ke Trafalgar Square untuk menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa.



23.08.2013

Early in the morning, we went to the Camden Market, somewhere in Camden Town. Basically dekat sini jual baju-baju dan barang-barang souvenirs yang dikatakan murah. Tapi bila aku check, rasanya dekat Bayswater lagi murah. Hihi


Then we had our lunch at Bayswater, as there are a lot of Halal Restaurant there.

Masa upload gambar ni, sampai terbau-bau makanan ni. Penangan

And also, kitorang kena pergi solat Jumaat dekat Malaysian Hall yang juga berhampiran dengan kedai makan kami. So here, my first khutbah in Bahasa Melayu after 5 months of staying oversea. :')

Waktu petang pula digunakan untuk menghabiskan tempat-tempat menarik yang belum pergi. Yeah tepat sekali, Big Ben dan Tower Bridge!




Masa berjalan-jalan ke St. James Park, sempat pulak bergambar dengan 'Pak Guard' ni.



St James Park merupakan taman rekreasi, tempat orang bersantai pada waktu-waktu petang macam ni.





London Bridge is falling down
Falling down, falling down
London Bridge is falling down
My fair lady

Pernah dengar lagu ni? Ha masa kecik-kecik dulu kita selalu nyanyi kan? Sekarang aku dah berjaya pijak merentasinya. Tak falling down pun. Haha xP



Agak lama jugak la duduk lepak dekat kawasan ni. Just simply because we wanna see both the day and the night view of this magnificient bridge.

And on 24th August, kitorang pun pergi menerbangkan diri ke lokasi seterusnya. Nak tau di mana? Just wait for the next part. Till then. Bye

Trip Advisor
Bayswater is a good place for staying because;
- Souvenirs murah
- Banyak kedai makanan halal ( kedai Melayu pun banyak jugak)
- Berdekatan Malaysian Hall

Thanks for reading this.

Tuesday, 13 August 2013

Beraya di Perantauan

Assalamualaikum

Salam Aidilfitri, salam lebaran.

Hwaaaa, dah lama tak update entry. More than a month perhaps. Jari jemari ni pun dah rasa kekok je nak menaip, apatah lagi otak ni yang nak berfikir untuk mengarang ayat bagi menarik minat para pembaca. Haha. Sebenarnya banyak je cerita, cumanya aku hold dulu sebab tengah final exam. Biasanya tangguh-tangguh ni nanti takde la tu kennnn? -.-

Back to the topic, raya hari tu kitorang Malaysian students ada la buat small gathering(rasanya the biggest) untuk menyambut perayaan Aidilfitri. This is my first time beraya di perantauan, jauh dari keluarga sanak saudara dan kawan-kawan.

Bermula dengan solat sunat Aidilfitri di masjid, aku keluar rumah pada jam 7.45 pagi dengan berbaju melayu biru. Ada jugak mata-mata yang memerhati aku di dalam tram. -.- Tapi ramai je saudara-saudara kita dari negara-negara lain yang turut memakai pakaian tradisional masing-masing. Aku tiba agak lewat jugak di masjid, so ruang dalam dah penuh, terpaksa solat di luar. Cuaca pagi tu pulak bukan main sejuk. Nasib baik la takbir raya dekat sini tak sesyahdu di Malaysia, kalau tak banyak la ais-ais batu yang terhasil. Hahaha

Jamuan raya di masjid




Pada mulanya aku tak dapat bayangkan jugak macam mana la aku nak sambut raya nanti. Aku dah siap practice masak rendang, nasi impit and what not untuk persediaan beraya sorang-sorang. Sob sob. But syukur alhamdulillah, all went well. Agak meriah jugak la suasana 1 Syawal tu :-)



Hari tu ada macam-macam jenis juadah sebab masing-masing bawak sorang sikit kan.

Sebahagian daripada menu
Dan macam biasa, sesi photoshoot tu memang wajib la kan jadi salah satu aktiviti utama raya dekat sini. Yela, sebab kitorang mana ada rumah siapa-siapa nak pergi ziarah. Nak ke rumah jiran? Haha



Secara jujurnya, mula-mula aku rasa kekok jugak la nak berbaju melayu lengkap dengan seluar semua, sebab semua orang pandang-pandang, buat muka pelik, dahi berkerutnya, mata julingnya. Haha tapi bila dah ramai-ramai macam ni, aku peduli apa. Beraya dekat sini pun hanya sekali je kot. Kini, hari-hari aku keluar berbaju melayu. Haha :P

Setelah open house menjadi close house, kitorang pun pergi la buat lagi satu sesi photoshoot in the middle of the city. Hebat tak hebat? :O
Haha, deutscher pula sibuk memerhati aksi-aksi dan gelagat kami di tengah-tengah ibu kota.


Dalam banyak-banyak gambar raya, rasanya gambar ni lah kot yang paling cun melecun :D

Jejaka Duisburg :P

Bila matahari melabuhkan tirai, kitorang pun pulang ke rumah masing-masing membawa diri. Suasana raya bagi anak-anak perantau macam kami ni hanya dapat dinikmati bila buat gathering macam ni. Rata-ratanya macam tu lah.

Jadi, begitulah cerita raya kami. Anda pula bagaimana?


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua readers blog izzatbegovic.blogspot. Yela kan, kalau tak baca macam mana nak tau aku buat ucapan ni kan. :P
Sepanjang berblogging, maaf kalau ada terkasar bahasa, terguris hati mana-mana pihak, terpoyo sama ada sengaja mahupun tidak.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Yang di perantauan,
Izzat

p/s : "Lemang tu bukan semestinya lemak, tapi rendang tu pun nak kena sedap"

Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ni hari Selasa, tanggal 9 Julai 2013, maka dalam kalendar Hijrah ialah 1 Ramadhan 1434H bagi kawasan Duisburg, Germany. Bermakna bermula lah Diari Ramadhan Izzat (Diari Ramadhan Rafique?). Ya aku tahu, sehari awal dari Malaysia bukan?Maknanya aku jugak akan beraya sehari awal ke?kikiki
Actually aku pun tak berapa pasti cara penentuan awal Ramadhan dekat sini macam mana, sebab dengarnya ada bandar-bandar lain di Germany yang mula berpuasa esok seperti di Malaysia.

Apa yang menariknya, tahun ni aku berpuasa di perantauan. Jauh dari keluarga, dari kampung halaman, dari rakan-rakan bahkan juga bukan di dalam negara Islam yang bermakna takde la merasa suasana puasa tu sangat. Dan dan dan........takde la peluang nak ke bazaar ramadhan :(

Berada di tempat orang memang banyak dugaannya. Lagi-lagi berpuasa di waktu summer, yang mana siangnya panjang manakala malamnya pulak singkat.

Ni mungkin agak berbeza sikit dengan jadual dari website lain
 
Almost 19 hours kan. Nasib baiklah maghrib dah makin awal dan subuh juga dah makin lewat.
Maka malam tadi bermula lah tarawikh.

Okay lah, di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, selamat berpuasa, selamat menunaikan ibadah solat tarawih, selamat bersahur dan juga selamat berbuka kepada seluruh umat Islam khususnya di sini yang bermula pada hari ni dan juga di Malaysia yang akan menyambutnya pada esok hari.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna.

Thanks for reading.

p/s: Masih panjang lagi masa untuk berbuka tapi perut dah start berbunyi macam mana?

Friday, 28 June 2013

Disneyland : It's a Disney time

Assalamualaikum

Hye adik-adik.
Haha kenapa adik-adik? I guess most of the readers for this entry are kids. Ke ada adults yang berminat jugak? :P

As what i mentioned in my last entry (refer here), I have been to Disneyland during my trip to Paris last week. Untung sangat sebab datang masa 20th anniversary. The ticket for the entrance cost 59 per person. Sehari suntuk dihabiskan di dalam Disneyland. Just one word to describe it, AWESOME!

Walt Disney Studios

Mula-mula kitorang spend masa dalam Walt Disney Studios dulu. Bak kata diorang, ni cuma warming up je sebelum masuk ke Disneyland Park. Haha


Walt Disney Studios

So we decided to enter the Tower of Terror. Naik lif sampai top floor, then tiba-tiba dia jatuh menjunam ke bawah. Phewww. Lepas tu roller coaster,  crush's coaster dan bermacam-macam lagi. Aku tak main roller coaster tu sebab terpedaya dengan kelajuan masa zon pelepasan dia. Haha tapi tertipu dengan Crush's coaster pulak sebab ingatkan permainan kanak-kanak, bila dah main tu boleh tahan jugak dia punya pening.

Crush's Coaster - it keeps spinning all the time
To the infinity, and beyond!

Disneyland Park

Sleeping Beauty Castle - HDR editing

Disneyland Park mempunyai 4 kawasan utama yang berbeza konsepnya iaitu Adventureland, Frontierland, Fantasyland dan juga Discoveryland. Dan castle di atas ni pulak terletak di tengah central plaza. Well, castle ni kan landmark Disneyland, so haruslah bergambar banyak-banyak haha.




Yang ni aku tak berani naik. Minimum height paling tinggi kot untuk ride ni haha



Jack Sparrow bersama kapalnya sebelum dan selepas kena attack haha

 Petang tu pulak ada parade. Yes! Lets enjoy the show

Peter Pan




And there are a lot more!! Tapi cukup la share sikit-sikit je eh. Hihi
And now.........

Now waiting..............

For the most incredible and magical show, I'll present to you the Disney Dream Night Show


Tadaaa!!





Untuk menambah feel lagi, apa kata kita layan video di bawah ni


Yeah, that's it. That's the end of this entry as well as the journey.
I hope you guys are entertained. After this I might have a short break due to the upcoming final exam.
Stay tuned. Mach's gut.

Thanks for reading.

p/s : All the photos here are protected under copyright law <-- ayat bajet haha :D